Selasa, 31 Disember 2013

Hak Yang Dirampas



Malam tadi tahun baru..ada mercun..

Tibe2 plak teringat kenangan  malam hari raya..

masa kecik2 dulu, kami adik beradik kuat main bunga api dengan mercun..tapi mase kecik2 je la..tapi sampai satu mase, abah tak belikan dah..cis

ini gambar masa dah besar betul

alasan abah, perbuatan kami ini suatu pembaziran..abah kate yang kite jangan bakar2 duit ni..rakan syaitan..adeh

kami adik beradik merasakan hak kami telah dirampas..sedang kawan lain main mercun, kami tak main..

ini suatu ketidakadilan..kekejaman ini harus segera diberhentikan..

so, kami akan mencari alternatif lain iaitu mintak duit kat makcik2 sedare..senang je dapat..jadi, kami beli bahan terlarang tu secara sorok2..taknak bagi abah nampak..

nak dijadikan cerita, aritu baju salah seorang dari kami terbakar kena bunga api, abis berlubang..kena marah, tapi tak berbekas pun dalam hati..jadi kitorang pun fokus plak main mercun, lebih selamat..

pergh..

indah juga kenangan tu, tapi sampai satu ketika (baru2 ni je, sbb dah besar kan), kami dah tak main mercun..sebab difikirkan ia memang sesuatu yang membazir..

tapi yang peliknya, ramai orang2 yang dah besar (orang besar) masih tak insaf bermain mercun ni..

sebagai contoh, kita boleh tengok semalam, masa sambutan tahun baru..membazir kaw2 punye..

sedih dan pilu jugak rase hati..tapi ape boleh buat, kita hanya pelajar yang lemah dan selalu ditindas oleh assignment..

kan best duit tu digunakan untuk kebaikan, tapi tak tahulah ape yang pemerintah kita fikir..

 dan akhir sekali, 

aku agak terkesan dengan satu gambar dan petikan dari page 'Green Project' kat fb..

SYRIA MENANGIS, ADAKAH KAMU MENDENGARNYA?

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"



10 kali pergh..

ini sangat menyedihkan, dan umat Islam hanya mampu bersedih, bersimpati, dan yang sewaktu dengannya..

siapakah penyelamat mereka?

adakah kita...

hm..


Rabu, 25 Disember 2013

hafal-menghafal


Balik rumah kejap sempena studi week ni..

3 hari je, tak la lame sangat..

nanti kalau dah abis exam, boleh lah balik lame2..

dan macam biase lah, kat rumah pagi2 mak akan masak sarapan..

aku akan tunggu dengan setia sambil tengok rancangan kegemaran emak, 'Tanyalah Ustaz'..

tajuk, "Guru Mursyid"..

yang bestnye, ustaz tu cerite tentang Imam Syafie..tentang kesukarannya menghafal sesuatu perkara..

dan kite memang tahu yang Imam Syafie ni sangat terer dalam menghafal sesuatu..

nak dijadikan cerite, Imam Syafie pun mengadu kepada gurunya tentang masalah beliau tu..

*guru Imam Syafie ni namenye Imam Waki'*

Imam Waki' pun berkata pada Imam Syafie, "Tinggalkanlah maksiat."

adeh, terase aku..

maksiat ape sangat yang dibuat oleh Imam Syafie ni?

tapi itulah nasihat seorang guru pada muridnya..

dan mesti dijadikan teladan untuk kite bersama..

..sekian..


Selasa, 5 November 2013

Aku dan FYP 3


pagi ini (dulu lah) kami pegi sarapan..

aih, takkan tentang sarapan pun nak cerita kan?tapi kene cerita gak..

sebab ini adalah sarapan pertama aku di kelantan (tanah merah) dicampur dengan keunikan restorannya..eh, apa yang unik?

uniknya ialah restoran ni cina yang punye (non-muslim)

tapi konsepnya menarik sebab ade orang islam juga sediakan makanan (nasi berlauk dan roti canai)

bersama staf fakulti pertanian dan abang phd (kanan)

bro kamal tengah makan makan nasi berlauk

ha, tengok ade tokey cine kat kaunter

sebenarnya, tak perasan pun yang kedai ni kedai campur-campur bangsa. perasan pun masa ade orang cine hantarkan air teo ais..teh o beng kawe ni cino hok buak ko?..huk aloh..kembe tekok kawe boh..
tapi kita ni sebagai pengikut terpakse je la makan kat situ, kalau ikut hati yang lara memang tak la nak makan kat kedai macam ni..

lepas tu, kitorang pun gerak la menghala ke site getah kat Jeli, jauh gak la..ade sejam atau lebih rasenye..

tapi tak terasa lama sangat, sebab pakcik2 staf ni ade crite2 best tentang komunis, sejarah fakulti kat UPM, tentang pengalaman mase muda2, crite nikah mut'ah..eh nikah mut'ah..best topik ni..mmg tak ngantuk la dalam kereta..hahahaha *tapi tak la ha ha sangat* sorang pak cik (identiti dirahsiakan) ni pengkaji sejarah, jadi die crite lah ikut perspektif beliau yg bias kepada satu golongan minoriti islam di Malaysia (dapat tangkap tak golongan ape?)..tapi yang penting diorang semua memang sangat baik, alhamdulillah

eh, ade hilux

sampai je kat simpang untuk ke ladang getah tu, kitorang kene tukar naik hilux plak..dengar cerite pakcik2 ni, jalan ke site ni sangat mencabar dan akan ambil masa lebih kurang 20 minit kalau takde aral..tapi sebelum tu kene bergambar dulu..buat kenangan bila dah tua2 nanti, insyaallah.

adakah pak cik ditengah itu penyokong palestin?

yang penting masa ni rasa perasaan terlampau berkobar-kobar nak buat kerja..semangat betullah sebab dalam hati dah 'set' yang kali ni adalah kali pertama dan kali terakhir aku ke tempat ni, mungkin..

(bersambung)




Selasa, 22 Oktober 2013

Aku sebagai Pemancing Kurang Tegar 2


hari ni dah masuk hari ketiga menahan pancing kat kolam2 area UPM

tapi masih takde hasil

first day, dari 4 joran rahsia yang ditinggalkan (dicucuk) kat tanah, hanya 2 batang yang tinggal..yang lain dah tanggal ikan cabut..depan mata plak tu ikan tu sentak pancing masuk dalam kolam nan permai itu..mungkin ikan teersebut terkejut masa kami datang untuk amik joran pagi2 subuh hari tu..

oh syahdu hatiku

....menghampakan.....

menghampakan?

tak lah, pemancing kurang tegar takde feel ape-ape pun

ok, tipu..adelah sikit2

dan, hari ni dah masuk hari ketiga dah, masih tak dapat ape2..(dapat la kura2 sebenarnye, tapi lepaskan bersama mata kail dalam mulut beliau..maafkan saya dan extreme angler Is Aizat ye cik kura2 T-T )

jadual memancing kami?

selepas isya' (pura2 parking kat tempat tu dan cacak pancing)

dan 

ambil selepas subuh (sebelum 6.30 pagi untuk elak ditangkap penunggu UPM.hew3)

tempat?

rahsia..tapi kolam2 sini la (sebab tu lah gambar tidak diletakkan..alasan yang valid, mungkin)

dan sebenarnye, 

kami buat jadual sampai hari sabtu ni untuk mencuba nasib..insyaallah dapat la nnti kalau mancing hari2

........"Misi 7 Hari untuk Ikan Haruan"...........

insyaallah mampu dilaksanakan

sekian :)



Ahad, 20 Oktober 2013

Aku sebagai Pemancing Kurang Tegar


sekarang ni ade hobi baru, er..tapi tak la baru sangat, cume dihidupkan kembali..oh yes!

memancing dengan abam is :D

menarik, sebab aku ditemani oleh pemancing tegar yang tahu mengawal diri..extreme angler is aizat..hew3

first time, beliau ajak aku mancing kat muara Jeti Wak Sempuh, kat area Bagan Lalang, Selangor.

apa perasaan aku?

mestilah best!

haha

nak2 bile dah naikkan sekor ikan kerapu besar 3 jari (boleh la kan, beginner pnye tahapan)

tapi gambar kerapu tak dapat plak diambil..bateri abis..so sad situation

tapi takpe, rasenye lps ni aku akan amik gambar ikan tu semula dalam keadaan segar dalam peti sejuk baim nnti, insyaallah

gambar gelap dicampur kegelapan tuan pancing berikut :P

sebenarnye dah pergi 2 kali..first time pergi tak dapat ikan..sebab gune umpan sotong..

"kerapu mane makan sotong,"kata makcik yang ku jumpe di situ..ni mmg betul2 makcik, takde unsur seram atau khurafat di sini, ok?..setel

jadi kali kedua aku dan is beli lah udang kat pasar malam (hari jumaat lepas) and bergerak semula ke sane pukul 12 malam n sampai pukul 1 pagi

sampai2 trus letak pancing dan yang yes betul ialah bile tak sampai 5 minit kerapu dah makan aku punyer umpan..

kaw2 hepi n kegembiraan itu berterusan hingga ke pagi walaupun tak dapat ikan untuk 7 jam seterusnya..

huhuhuhuhu

kami pun balik semula ke UPM  pukul 8 pagi..

sekian :)






Ahad, 6 Oktober 2013

Aku dan FYP 2


ok, first time naik bas ke kelantan dari KL (stesen Putra) ke tanah merah ni..

nasib baik malam, tak lah terase sangat walaupun perjalanan lebih kurang 7 jam campur brenti sejam kat gua musang,

eleh, ape ade hal..dulu mase kat indonesia naik bas 21 jam ke jogja pun steadi je.haha

tapi menarik, dalam bas boleh borak dgn  Dr. Zia ul Haq, sorang profesor dari kimia dari India yang mengajar kat UMK cawangan jeli..

adalah teman berborak..

dan paling best dengar cerite die yang macam2 dari topik Malaysia, Kashmir, Taj Mahal, tabligh, rasuah, konflik tentera, sambung master, coklat dan lain2..

dan yang tak boleh tahannye die akui yang dia amat sayang Malaysia ini (kecuali jeli..because it's too village........ ok fine)

sampai kat tanah merah pukul 5 sebelum subuh, dan seperti biase kite akan minum2 kat kedai yang buka..

order air teh ais..eh, serupe je dengan kat negeri lain rase air ni.haha.


antara kedai minum kat sini

suasana bandar@pekan

ada juga la banguna kan?ok, lega


sampai kat sane pastu ade student master, Abg Syapar datang jemput dan hantar ke hotel utk siap2 solat n pastu gerak ke site utk ambik sampel daun getah untuk kajian tahun akhir..

tapi, ape crite plak semayang kat bilik je..alang2 sampai kat negeri serambi mekah ni kite kene la semayang kat masjid kan?

so, solat kat masjid Sultan Ismail Petra, sayu je imam die bace..best2





Selasa, 24 September 2013

apa aktiviti sesuai dilakukan ketika bosan melampau bagi pelajar universiti?


................................................................................................
anda bosan?

tak tahu nak buat ape?

mahukan aktiviti?

ini cadangan saya!

.......................................

1. Start motor pegi jalan2 round universiti

2. Pegi cari kedai2 yang jual makanan pastu makan sepuasnye

3. Pegi bilik2 member dan borak sampai gile

4. Lepak kat kawasan yang menarik di tempat anda

5. Memasak dalam dorm

6. Baca novel!!!Baca novel!!!! baca novel!!!!!!!!!!!!!!!!!

7. Buat assignment tertangguh

8. Tengok movie

9. Main internet

.........n kalau dah memang takde aktiviti nak buat, dah terdesak bosan gile kucing pnyer!..........

10. Baca Quran..huhu..aku mmg last lah kalau bab ketuhanan T-T

T_T

T_T

T-T

T-T

T_T

T-T      T_T     T-T






Isnin, 23 September 2013

sunyi

sunyi

sunyi

sunyi

sunyi

bosan

bosan

bosan

bosan

sunyi

sunyi

sunyi

bosan

bosan

bosan



Khamis, 19 September 2013

Aku dan FYP 1


Assalamualaikum :)

bersama adik mengutip getah :) -tahun 2010 mungkin-
............................................................

semester ni dah mula kene buat projek tahun akhir

tajuk?

getah

topik?

'Growth and nutritional status of Hevea brasiliensis in relation to soil fertility on toposequence'

atau dalam bahasa mudah,

'Tengok pembesaran dan kandungan dalam pokok tu, dan dikaitkan dengan kesuburan tanah di atas kecerunan yang berbeza'

tapak eksperimen?

jeli, kelantan

negeri yang hanya pernah dilawati 2 kali seumur hidup :)

syukur, rupenye Allah nak permudahkan aku, diberi sorang kawan untuk same2 jalankan projek ni..

sape?

bro kamal

beliau bersama sate willy yang enak ;P

semoga dipermudah, insyaAllah

start dari kat indo memang grup ngan kamal je..., walaupun undi rawak pun memang dengan kamal je lah,

..best..

haha

Rabu, 14 Ogos 2013

penakut?


adakah aku penakut?

syria

mesir

iraq

burma

somalia

adakah aku penakut?

semua orang nak kahwin

sebab itu sunnah nabi Muhammad s.a.w 

tapi

bab jihad pada jalan Allah

takde yang nak pergi

aku pun tak pergi

adakah aku penakut?

atau aku mangsa keadaan sistem pecah dan perintah

(demokrasi, persempadan negara)

adakah aku penakut?

atau memang aku penakut?

atau 

aku takut mati?

atau aku cintakan harta (dunia)?





Ahad, 11 Ogos 2013

comel dan solehah


Mak selalu pesan

Cari isteri biar yang baik

Yang boleh dibawa berbincang

Jadi, mak juga selalu pesan

Siasat la dulu peribadi seseorang tu

Muka biasa2 pun takpe, janji hati baik

Baru hidup bahgia sampai akhir

Happily ever after, insyaallah

Selalu gak terfikir bende macam ni

Tapi disebabkan umur baru 22..adui, pemikiran ini disimpan dulu

Mak gak ade cerite tentang seorang sepupu lelaki ni

Die memang islamik, setiap kali sujud mesti die mohon nak isteri solehah

Tapi, bile kahwin lain jenis isteri yang Allah bagi

Mungkin ujian untuk die

Adui, terfikir lagi aku

Pemikiran ini harus dihentikan

Umur baru 22

Adui

*selamat menjalani sunnah berumahtangga buat kawan yang terlibat*

Semoge diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang comel

Cewah :)

Rabu, 31 Julai 2013

impak kekerasan maksima




hari ni dengar tazkirah kat surau maybank serdang..walaupun tazkirah ni dilarang untuk disampaikan semasa solat terawih, jadi imam mengambil inisiatif untuk menyampaikan semasa rehat di pertengahan solat tu..
ini sangat lol

tapi yang paling terkesan ialah bila imam memberi pesanan tentang masalah majoriti kita yang makin merasa lemah di akhir2 ramadhan dalam beribadah..oleh itu, imam menegaskan;

menurut ibnu qayyim al-jauziah

masalahnya hanyalah kerana satu benda iaitu hati yang keras..jadi cara untuk melembutkannya ialah dengan mengubat hati..

ubatnya ialah..

sila rujuk lagu ubat hati (tombo hati) oleh penyanyi Opick