Selasa, 20 September 2016

Asas Menghindari Nafsu Syahwat

Tajuk sangat serius.huhu. Isinya aku dapat dari dalam youtube, penceramah dia namanya Buya Yahya, tak kenalpun tapi isinya baik, Alhamdulillah. Isinya ialah;

Untuk menghindari nafsu syahwat, pintunya yang pertama adalah untuk sedar yang ianya bahaya untuk kita. Bila kita telah sedar ia bahaya, barulah kita akan menghindarinya. Umpama kita masuk berteduh di dalam gua, jika kita tidak sedar di dalamnya banyak tulang belulang, kita takkan keluar/menghindari gua itu.

Nafsu syahwat ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu yang datang tiba-tiba dan yang dicari.

Yang datang tiba-tiba ini mudah diubati iaitu dengan hanya ambil wuduk dan baca Al-Quran. Contohnya kita bekerja atau belajar, tiba-tiba kita teringat kenangan silam yang membuatkan kita jadi tak keruan dan lantas menekan hati, nak dilampias tiada pula isteri, berniat pulalah untuk melayari laman lucah. Jadi, melawanlah kita dengan mengingati zina itu hina dan zina hanya dihadapi oleh insan yang rendah tarafnya (imannya).

Nafsu syahwat yang dicari sukar diubati, contohnya melihat gambar yang membangkitkan syahwat di media sosial dan melayari laman pornografi. Umpama kita mencari makanan yang enak, pasti dijumpai (kecuali kedai tutup.huhu)

Penegasan, pintu pertama untuk menghindari nafsu syahwat adalah untuk menyedari ianya bahaya, dan kemudian barulah berguna ilmu untuk kita memikirkan cara menghindarinya. Okay, tamat.

(Nafsu syahwat yang dimaksudkan di atas ialah nafsu yang datang tetapi tiada tempat untuk dilampiaskan. Nafsu syahwat amat penting dalam hidup terutama jika mempunyai pasangan. Jika tiada pasangan, gunalah tips di atas)

Ahad, 4 September 2016

Test..test..pergh dah berhabuk

Duduk ladang susah nak cari laptop online

Alam pekerjaan rupanya sangat mencabar, sampai terabai blog yg disayangi ni

Banyak dah aku belajar sepanjang setahun lebih bekerja ni, lawak pun ade fikir2 mase studen dulu sbb target kerja nak trus gaji 2500 pastu kahwin

Kah3..rupanya byk lagi yg perlu belajar dan manage dlm hidup ni, tp alhamdulillah aku still hidup

Aku sedar ramai kawan2 lain yg sedih dgn hidup diorg, terutama dlm alam pekerjaan mahupun pembelajaran such as master

Tapi sama2 lah terapkan dalam diri konsep 'merasa cukup' dan insyaallah kita akan sentiasa tenang dan gembira

Banyak gambar nak kongsi nih, tp takpe lah..slow2

Ahad, 3 Mei 2015

Kembali Aktif


Haha..seronok tengok blog ni..

Dah lama betul tak update blog..sibuk as final year student..lepas ni kembali nak berkongsi isi hati..nak luah dengan kawan2, semua dah sibuk dengan hal kerja masing2, so aku luahkanlah isi hati aku melalui tulisan, insyaallah..

Isnin, 1 Disember 2014

Aku Dan Saskatchewan, Kanada (1)


Allah hu Akbar..Allah maha Besar.

Dah hampir 3 bulan aku berada di bumi daun maple ini.

Menjejak kaki di bumi ini pada 5 September jam 2 pagi setelah bertolak dari Malaysia pada jam 1.30 petang 3 September 2014. Aku berlepas dari KLIA menaiki Cathay Pacific menuju Hong Kong, menaiki Air Canada menuju Vancouver dan akhirnya Regina, Saskatchewan.

Di Lapangan Terbang Hong Kong

Di sekitar Lapangan Terbang Vancouver

Di Lapangan Terbang Regina


Penat lelah menjalani latihan industri insyaallah aku akan coretkan sebaik mungkin sebagai kenangan aku dan panduan untuk kawan-kawan kelak.

Keluarga yang dicintai (adik bongsu tak datang, die kerja.huhu)

Amatlah rindu hati aku terhadap Malaysia. 

Moga aku berjaya menukilkan segala kenangan aku dengan baik dan berjaya mengubah peribadi aku untuk menjadi aset yang berguna untuk masyarakat.



Khamis, 19 Jun 2014

Pengalaman Pahit di Bukit Ekspo, UPM.


Pada hari Selasa (17 Jun 2014), lebih kurang pukul 6.35 petang, saya telah ke Bukit Ekspo, UPM untuk beriadah minda. Saya dapat tahu bahawa kawan-kawan saya ada di kawasan kawah suria dan menara di situ.

kawah suria UPM

Sampai sahaja di situ, saya lihat kawan-kawan saya telah berada di atas menara itu. Saya kemudian terus memanjat tangga menara itu. Sampai sahaja di tengah pendakian, saya terdengar suara jeritan menyuruh kami turun. Saya lantas turun (saya orang terakhir). 

gambar tangga (dicuri dari fb kawan)

Kemudian, di bawah tangga saya lihat kawan-kawan saya (dan student lain yang saya tak kenal) berkumpul  dalam satu barisan. Rupa-rupanya yang menjerit itu ialah pegawai Taman Pertanian Universiti (TPU). Dia menyuruh kami beratur untuk diambil gambar. Saya bertanya dia tentang tujuan dia mengambil gambar kami. Beliau berkata, "aku nak bagi pada bos aku. Dia nak tengok bukti pelajar yang berbuat kesalahan memanjat menara ni."

Saya protes!

Saya berkata yang saya tidak tahu pun ini kawasan larangan, jadi saya tidak mahu gambar saya diambil (Saya bukan lagi pelajar junior yang masih takut-takut dalam menegakkan kebenaran).

Saya kemudian cuba berlalu pergi., dan beliau mengejar saya dan berkata, "Awak kurang ajar ya!" Saya terdetik dalam hati bahawa hinakah saya ini sampai digelar kurang ajar. Beliau cuba menghalang saya pergi, tetapi saya tetap bertegas. Beliau meminta kad matrik saya. Saya fikir beliau hanya ingin menulis pada buku kecil yang dipegangnya. Rupa-rupanya beliau ingin merampasnya. Saya pun rampas balik. Final Year Student bukan penakut!

Kemudian beliau mengugut untuk menelefon pegawai keselamatan UPM. Saya jerit padanya, "telefonlah!" Saya terketar-ketar. Beliau mengejek saya, sinis, dengan berkata, "mengapa terketar?" Saya cakap, "saya geram ni, kalau ikut perasaaan, ishh...memang bertumbuk dah..lagipun kalau abang pukul saya, abang pegawai, abang yang susah (aku pun memang rasa nak bertumbuk dengan abang ni, tapi hati berbisik supaya jangan, sebab kalau saya pukul dulu, saya yang salah).

Dia bertanya pada saya, kalau saya jatuh dari menara tu, siapa yang susah. Saya jawab, saya sendirilah yang susah. Beliau pula berkata yang pihak UPM yang akan susah. 

Saya kemudian bertanya padanya, "kalau betul kawasan ini kawasan larangan, mana papan tanda yang menunjukkan kawasan ini tak boleh dipanjat?" Beliau berkata, "awak tak nampak ada pokok (belakang) kat tangga tu?" (Saya terasa jawapan ini sangat bodoh bagi seorang pegawai TPU). Disebabkan jawapan yang amat lemah itu, saya pun nekad berlalu pergi.

Dia menjerit, "awak ingat awak boleh lepas, saya akan pastikan awak digantung!"

Digantung? 

Saya peduli apa, saya takkan mengalah dan takut akan ugutan , saya rela digantung atau dibuang universiti dalam menegakkan kebenaran. Lagipun cara beliau menegur itu memang membuat saya marah. Sudahlah kawasan itu tidak mempunyai tanda larangan yang menghalang orang daripada mendekatinya, cara menegur pun langsung tiada hemah.

Saya jadi tak keruan, saya nekad menuju ke arah dia. Buku lima saya digenggam dengan kemas. Saya nekad, apa nak jadi, jadilah! Tiba-tiba saya tersedar, saya bermimpi rupanya. 

Fine. 

Okay, ade satu paper lagi ni untuk peperiksaan akhir. Bahasa Arab 1, hari Sabtu ni (21 Jun 2014). Insyaallah semoga dipermudahkan untuk menjawabnya.huhu




Rabu, 4 Jun 2014

Sekejap Sahaja


Dr. Mursi, lukisan bro munett yg comel mase kelas :) 



Hidup ini sekejap sahaja,
Rugilah mereka yang risaukan kehidupan dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat.

Hidup ini sekejap sahaja,
Jangan disangka hidup selamanya.

Hidup ini sekejap sahaja,
Beriman dan beramal solehlah kita.

Hidup ini sekejap sahaja,
Bezakanlah 'amal' dan 'amal soleh'.

Hidup ini sekejap sahaja,
Elakkan leka dengan dunia.

Hidup ini sekejap sahaja,
Berkejar-kejaranlah ke 'syurga' dengan bijaksana.

Hidup ini sekejap sahaja, 
Semoga Allah meredhai kita.




-jom kita cube beramal soleh dalam kehidupan, bak kata ustaz danial, "soleh bermaksud ikhlas dan mengikut syariat, jadi beramallah kita dengan amal yang soleh."-




Rabu, 28 Mei 2014

Sukarnya dalam Suka



Pujaan ramai di dalam berkawan, 

Bercakap manis berpekerti mulia,

Umpama manusia yang sentiasa ceria,

Sukanya dalam bersahabat.



Rupanya dia....



Di depan senyum berseri, 

Di belakang mengutuk memaki,

Di whatsapp menyindir memerli,

Sukarnya dalam bersahabat.