Khamis, 2 Mei 2013

Kontroversi lepas :)

ramai orang provoke n marah aku dan cakap aku ni peminat DAP :( 

 tapi mereka tak faham, aku sokong pun sebab aku sayang ulama' 

aku hanya nak bersama dengan ulama' aku nak bersama dengan orang yang aku cintai kat akhirat kelak aku nak bersama dengan harun din, yusuf qardhawi, hasrizal abdul jamil, dr. Uzar dan lain-lain..

sebab mereka pun pasti bersama dengan orang yang mereka cintai..aku nak berada dalam kumpulan itu :( jadi aku sokong pendirian mereka..

aku bukan belajar fiqh sirah, fiqh sunnah, fiqh muamalat..mereka tahu..jadi mereka faham, dan aku patuh..

moga nanti kalau Allah tanya kenapa aku buat sekian2, aku harap anggota badan aku boleh cakap apa yang aku fikir sekarang 

ayah aku penoreh getah tanah 1 setengah ekar 300 pokok, mak aku pula cikgu sekolah rendah tapi segala puji bagi Allah, mereka berjaya bentuk aku macam sekarang jadi aku harap sangat aku boleh sangat jadi anak soleh..

memang tu je diorang nak..

dan mak ayah aku selalu suruh aku pergi usrah..tambah kefahaman agama..diorang takde ASB..jadi diorang melabur kat ASA (Amanah Saham Akhirat) moga mereka tak dihampakan 

dan aku tak kaya, aku blajar pun JPA sponsor..terima kasih rakyat Malaysia..saya berhutang dengan anda..saya insyaallah akan balas balik 

 saya suka kemajuan..sangat kagum bila orang arab cakap, "Malaysia Bagus!" tapi tengok anak muda, tengok jangan dekat UPM ni saje..tgk kat luar..diorang tenggelam..tenggelam..tapi diorang baik..aku ade sekali motor abis minyak, tapi yg tolong diorang ni..diorang baik, cume diorang tak tahu..tak faham..

kenapa? 

ini kerana pembelajaran agama kite bercampur dgn hiburan.. saye mase form 5 tak pandai mengaji..masuk UPM..alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang baik..saye nak mereka juge berada dalam suasana macam ni..so, macam mana? saya nak ulama yang kuat berada dalam sistem pemerintahan..BN juga ada ulama..tapi saye nak yg lagi 'strong'.. 

 so, harap lepas ni kawan2 faham lah ye

saya minta maaf

- saje nak abadikan post kontroversi ni dalam blog..nanti kalau dah mati, atau PR menang/kalah, atau aku nak start tukar pendirian..bleh la tengok semula. :) -

-dan, pendapat ni mungkin tak tepat-

Pengajaran? 

Jangan provoke kawan kat public..tak digalakkan..huhu

6 ulasan:

  1. Whatever it was, manusia belajar dari pengalaman. kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah..pengalaman yg terlampau melampau brharga :) bila buat silap, minta maaf..dan hubungan jd lebih erat..seronok la gak.haha

      Padam
  2. sometimes be silent is better option..

    BalasPadam