Isnin, 26 Mei 2014

Lawatan ke Kawasan Orang Asli di Pos Betau, Kuala Lipis


Minggu lepas (16-18 Mei 2014) kami telah mengadakan lawatan ke kawasan penempatan orang Asli di Kuala Lipis..kawasan tu dekat je dgn Cameron Highland (lebih kurang sejam naik bas)..dari bandar Raub plak lebih kurang 2 jam

Alhamdulillah..suatu pengalaman yang takkan mudah untuk dilupakan..berprogram dgn orang asli ni mmg menarik..tak pernah dibuat sebelum ni..

Program ni dianjur oleh kelas Pengembangan Pertanian (Agriculture Extension)..kelas yang bertujuan untuk mengajar pelajar cara-cara untuk menyampaikan sesuatu ilmu kepada masyarakat dengan niat untuk mengubah masyarakat menjadi lebih baik (terutamanya sikap)..

Tapi, program ni mmg banyak cabaran dan rintangan..sebelum, semasa, dan selepas penuh dgn masalah yang best..

Perjalanan ke Pos Betau ni secara keseluruhannya mengambil masa lebih kurang 4 jam dari UPM Serdang. Kami dari sini bergerak dengan menaiki 2 buah bas, bertolak pukul 12.30 malam dan sampai di RnR Pos Betau pukul 4.30 pagi..Pos Betau ni terletak 40 minit perjalanan dari Sungai Koyan..kalau tengok peta ni, ikut laluan biru yang mengahala ke Tanah Rata, Cameron Highland. Perjalanan memang mencabar sebab jalan dari bandar Raub melalui Sungai Koyan ke Pos Betau sangat bengkang bengkok, berbukit, tak rata (melambung-lambung dalam bas, tapi seronok juga la, sbb kawan sebelah cakap feeling die mcm main roller coaster)

Lokasi Pos Betau di Kuala Lipis, Pahang

Sampai kat RnR Pos Betau, ramai la bdk2 laki yg turun dr bas dgn harapan boleh la ke tandas..tapi yang bestnye RnR ni takde air..osem :) kelengkapan material die cukup, ade surau, ade kedai, ade pondok2, tapi bile takde air......sedih je..kedai pun tak buka..jadi, kami duduk termangu lebih kurang sampai 5.30 pagi, dan lepas tu dengan arahan pensyarah, Dr Norsida Man, kami pun berpatah balik ke bandar Sungai Koyan..kat sane la kami solat Subuh, bersih diri (kat masjid), dan sarapan..jadi pengajarannya, jadikanlah bandar Sungai Koyan ni sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Pos Betau, sbb kat situ mmg takde ape2..

Berpagi-pagian di RnR Pos Betau yang kosong

Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang mengikuti program pengembangan pertanian di Pos Betau, Kuala Lipis ini, kami dapat mengambil beberapa pengajaran ataupun dapat memberikan sedikit komen mengenai setiap aktiviti yang dianjurkan. Untuk aktiviti yang pertama iaitu ucapan alu-aluan daripada pihak Lembaga Getah Malaysia (Encik Azli). Dalam majlis itu, beliau telah memperkenalkan Tok Batin Apam yang merupakan wakil dari pihak Orang Asli di Pos Betau.

Encik Azli (kanan), Dr. Norsida (tengah), dan Batin Apam (kiri)

Antara kekuatan yang dapat kami lihat daripada Encik Azli sepanjang menjadi pengerusi majlis ini ialah beliau berjaya untuk;

a. Mewujudkan suasana majlis melalui cara pengenalan pengucap yang dibuat
Ertinya semasa Encik Azli membuat pengenalan pengucap (Batin Apam), cara pengenalan oleh beliau telah menentukan majlis ini ialah majlis yang kurang formal dan memudahkan pelajar untuk berasa selesa sepanjang majlis ini berjalan.

b. Memahami ucapan pengenalan sepenuhnya
Maksudnya ialah Encik Azli memahami apa yang beliau hendak perkatakan sepanjang masa beliau membuat ucapan alu-aluan itu. Beliau sedikit sebanyak menerangkan latar belakang Pos Betau, memberi penerangan ringkas tentang peranan LGM di situ, dan menerangkan perjalanan majlis dari hari pertama (Sabtu) hingga hari terakhir (Ahad).

c. Tepat
Encik Azli telah memberi memberi maklumat dan biodata Batin Apam secara tepat dan ringkas. Perkara ini telah membolehkan pelajar tahu peranan Batin Apam selaku ketua di Pos Betau ini. Encik Azli telah berjaya menyampaikan maklumat mengenai Batin Apam dengan baik.

d. Memberi perhatian semasa pengucap (Batin Apam) sedang berucap
Sebagai pengerusi majlis, Encik Azli telah memberi perhatian yang sewajarnya kepada pengucap. Selepas Batin Apam selesai memberikan ucapan beliau, Encik Azli telah memberikan sedikit rumusan daripada ucapan pengucap. Perkara ini telah membantu memberikan lebih kefahaman kepada pelajar terutamanya apabila Batin Apam mengucapkan perkara yang kurang difahami oleh pelajar. Encik Azli juga telah membantu Batin Apam untuk berucap dengan melaraskan volume mikrofon, dan mengatasi gangguan serta memberi bantuan lain yang diperlukan oleh Batin Apam.

e. Kata-kata penghargaan
Encik Azli telah memberi kata penghargaan kepada Batin Apam setelah beliau selesai berucap, dan juga kepada para pelajar dan pensyarah kerana sudi datang ke Pos Betau. Perkara ini telah membina suasana ceria dalam diri semua pihak kerana masing-masing berasa dihargai dan dialu-alukan kedatangannya.

(akademik level: high)

Bagi aktiviti kedua pula ialah lawatan ke kawasan getah yang diuruskan oleh Lembaga getah Malaysia. Lawatan ke kawasan getah ini memberi suatu kefahaman kepada pelajar bagaimana LGM berusaha untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat orang Asli mengenai aktiviti penanaman getah yang betul, dan untuk diamalkan oleh orang Asli ini di kemudian hari. 

Kawan-kawan yang teruja nak melawat kawasan getah

Berdasarkan penerangan oleh Encik Azli, perbezaan ketara di kawasan getah ini ialah mengenai teknik penanaman. Teknik penanaman yang digunapakai oleh masyarakat orang Asli pada masa sekarang adalah majoritinya tidak tersusun, manakala teknik penanaman yang diperkenalkan oleh pihak LGM ialah tersusun. Sebagai contoh, jarak penanaman getah konvensional orang Asli ialah sangat dekat dan tidak mempunyai baris, manakala pihak LGM menanam getah di plot contoh mereka dengan jarak yang optima dan mempunyai baris yang seragam. 

Ladang konvensional orang Asli, tidak tersusun dan tidak seragam


Ladang yang diuruskan orang Asli dgn nasihat oleh LGM (1)

Wawi menemani Batin Kampung Sarang memberi taklimat

Ladang yang diuruskan orang Asli dgn nasihat oleh LGM (2)

Sesi perkongsian maklumat oleh masyarakat orang Asli

Bagi aktiviti ketiga, kami telah menghadiri taklimat mengenai ‘Cara-Cara Mengelakkan Gangguan Babi Hutan pada Tanaman Getah’. Taklimat anjuran LGM ini disampaikan oleh sebuah agensi swasta daripada luar. Apa yang dapat kami simpulkan ialah pihak swasta itu mahu memperkenalkan kaedah semburan satu pekatan organik bagi menghalang babi daripada mengganggu tanaman. Bahan utama dalam pekatan organik itu ialah belerang yang diketahui mampu menghalau/menghalang kedatangan beberapa jenis haiwan buas seperti babi dan ular (haiwan berbisa). 

Dapat dilihat sepanjang penceramah jemputan dari luar itu menyampaikan ucapannya, ramai di antara masyarakat orang Asli yang hadir kurang memberi respon yang positif. Mereka lebih gemar untuk berborak di belakang dan tidak memberi perhatian sepenuhnya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh keadaan dewan yang sempit, alat pandang dengar (pembesar suara/speaker) yang lemah, dan pengucap gagal untuk menarik perhatian hadirin. 

Jadi, dapatlah kami katakan di sini bahawa pengucap gagal menganalisis audiens, majlis, dan diri dengan baik. Penganalisian audiens, majlis, dan diri sendiri sebagai pengucap adalah suatu keperluan yang amat penting dalam pengucapan. Walau bagaimanapun, sangat sedikit sekali pengucap yang menyedari hal ini. Akibatnya, ucapan mereka menjadi kurang berkesan. Mungkin buah bicara mereka terlalu akademik untuk difahami oleh audiens, ataupun terlalu biasa hingga membosankan mereka. Sebagai contoh, untuk berinteraksi dengan masyarakat orang Asli, kita perlu menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas bagi menyampaikan sesuatu perkara *rase hepi bile membuat analisis akademik ni.hehe*

Bagi aktiviti keempat pula, kami (pelajar) telah mempersembahkan suatu pertunjukan kaedah pengembangan pertanian kepada masyarakat orang Asli itu. Kami telah menunjukkan suatu demonstrasi mudah mengenai sesuatu produk pertanian yang mudah untuk diamalkan oleh para audiens. Kami dapat mengatakan bahawa kami telah berjaya menarik perhatian masyarakat di situ bagi melihat demonstrasi dari kami, dan lebih menyeronokkan apabila mereka jelas berminat dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada kami. 


Contoh pembentangan oleh pelajar disaksikan oleh masyarakat orang Asli

ini ialah pelajar, bkn masyarakat Asli


Pada hari kedua pula, kami telah mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak masyarakat di sini pada pagi harinya. Berdasarkan pemerhatian kami, anak-anak ini juga cerdas seperti anak-anak bangsa yang lain. Mereka amat cergas, cerdas, dan bersemangat. Oleh itu, pendidikan merupakan suatu elemen yang amat penting bagi memajukan sesuatu bangsa, dan anak-anak inilah yang perlu dididik bagi memajukan masyarakat orang Asli kelak..heu3

kanak-kanak yang sabar mendengar arahan

disclaimer: Ameer (lelaki kerkaca mata) ini bkn kanak-kanak 


habis je aktiviti sukaneka pukul 11, pukul 12 tgahari tu pun kami bertolak baliklah..

sekian 

:)




2 ulasan:

  1. menarik..bleh saya tau mcam mana nak berurusan utk program kemasyarakatan dgn org asli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tau serba sedikit tentang pos betau ni?

      Padam