Khamis, 19 Jun 2014

Pengalaman Pahit di Bukit Ekspo, UPM.


Pada hari Selasa (17 Jun 2014), lebih kurang pukul 6.35 petang, saya telah ke Bukit Ekspo, UPM untuk beriadah minda. Saya dapat tahu bahawa kawan-kawan saya ada di kawasan kawah suria dan menara di situ.

kawah suria UPM

Sampai sahaja di situ, saya lihat kawan-kawan saya telah berada di atas menara itu. Saya kemudian terus memanjat tangga menara itu. Sampai sahaja di tengah pendakian, saya terdengar suara jeritan menyuruh kami turun. Saya lantas turun (saya orang terakhir). 

gambar tangga (dicuri dari fb kawan)

Kemudian, di bawah tangga saya lihat kawan-kawan saya (dan student lain yang saya tak kenal) berkumpul  dalam satu barisan. Rupa-rupanya yang menjerit itu ialah pegawai Taman Pertanian Universiti (TPU). Dia menyuruh kami beratur untuk diambil gambar. Saya bertanya dia tentang tujuan dia mengambil gambar kami. Beliau berkata, "aku nak bagi pada bos aku. Dia nak tengok bukti pelajar yang berbuat kesalahan memanjat menara ni."

Saya protes!

Saya berkata yang saya tidak tahu pun ini kawasan larangan, jadi saya tidak mahu gambar saya diambil (Saya bukan lagi pelajar junior yang masih takut-takut dalam menegakkan kebenaran).

Saya kemudian cuba berlalu pergi., dan beliau mengejar saya dan berkata, "Awak kurang ajar ya!" Saya terdetik dalam hati bahawa hinakah saya ini sampai digelar kurang ajar. Beliau cuba menghalang saya pergi, tetapi saya tetap bertegas. Beliau meminta kad matrik saya. Saya fikir beliau hanya ingin menulis pada buku kecil yang dipegangnya. Rupa-rupanya beliau ingin merampasnya. Saya pun rampas balik. Final Year Student bukan penakut!

Kemudian beliau mengugut untuk menelefon pegawai keselamatan UPM. Saya jerit padanya, "telefonlah!" Saya terketar-ketar. Beliau mengejek saya, sinis, dengan berkata, "mengapa terketar?" Saya cakap, "saya geram ni, kalau ikut perasaaan, ishh...memang bertumbuk dah..lagipun kalau abang pukul saya, abang pegawai, abang yang susah (aku pun memang rasa nak bertumbuk dengan abang ni, tapi hati berbisik supaya jangan, sebab kalau saya pukul dulu, saya yang salah).

Dia bertanya pada saya, kalau saya jatuh dari menara tu, siapa yang susah. Saya jawab, saya sendirilah yang susah. Beliau pula berkata yang pihak UPM yang akan susah. 

Saya kemudian bertanya padanya, "kalau betul kawasan ini kawasan larangan, mana papan tanda yang menunjukkan kawasan ini tak boleh dipanjat?" Beliau berkata, "awak tak nampak ada pokok (belakang) kat tangga tu?" (Saya terasa jawapan ini sangat bodoh bagi seorang pegawai TPU). Disebabkan jawapan yang amat lemah itu, saya pun nekad berlalu pergi.

Dia menjerit, "awak ingat awak boleh lepas, saya akan pastikan awak digantung!"

Digantung? 

Saya peduli apa, saya takkan mengalah dan takut akan ugutan , saya rela digantung atau dibuang universiti dalam menegakkan kebenaran. Lagipun cara beliau menegur itu memang membuat saya marah. Sudahlah kawasan itu tidak mempunyai tanda larangan yang menghalang orang daripada mendekatinya, cara menegur pun langsung tiada hemah.

Saya jadi tak keruan, saya nekad menuju ke arah dia. Buku lima saya digenggam dengan kemas. Saya nekad, apa nak jadi, jadilah! Tiba-tiba saya tersedar, saya bermimpi rupanya. 

Fine. 

Okay, ade satu paper lagi ni untuk peperiksaan akhir. Bahasa Arab 1, hari Sabtu ni (21 Jun 2014). Insyaallah semoga dipermudahkan untuk menjawabnya.huhu




1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam