Ahad, 27 Januari 2013

Tertawa dan Gembira:)

"Kawan, pernah dengar tentang hadis tentang bekas ahli neraka yang boleh buat kite tersenyum?"

"Erk..tak pernah plak..kau biar betul"

...........................

Ada satu hadis yang telah membuat saye tersenyum
....................

Ibnu Mas'ud r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya, aku mengetahui benar orang yang terakhir keluar dari neraka, iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak.

Lalu Allah berfirman kepadanya,

'Pergilah dan masuklah ke syurga.'

Dia pun mendatangi syurga, tapi dia mengira  syurga telah penuh,maka dia kembali dan berkata,

'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman,

'Pergilah dan masuklah ke syurga.'

Dia pun mendatangi syurga lagi, tapi dia mengira syurga telah penuh, maka dia kembali dan berkata,

'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman,

'Pergilah dan masuklah ke syurga. Sesungguhnya, kamu mendapat kenikmatan di dalamnya setara dengan yang ada di dunia dan ditambah sepuluh kali lipat darinya.'

Orang itu berkata,

'Apakah Engkau mempermainkan aku, padahal Engkaulah Sang Raja?'

Ibnu Mas'ud berkata,

"Aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa hingga gigi taringnya terlihat, lalu beliau bersabda,

'Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya di syurga.'"

(Muttafaq 'alaih)

.....................

Petikan dari buku Riadhus Solihin karya Imam Nawawi
.................


Besarnya nikmat dan kasih sayang Allah disertakan dengan tawa Rasulullah s.a.w,
buatkan diri ini juga kagum dalam senyuman :)

..................  

Siapa kata tengok maharaja lawak mega je boleh buat kite tersenyum?

Kasih sayang sejatilah yang sebenarnya boleh menggugah jiwa kita.

"Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan kepada  nabi Muhammad s.a.w"


Jumaat, 11 Januari 2013

Harta yang Disayangi :)



“bosannyer duduk rumah kalau cuti semester ni” 

“lagi best duduk kat universiti”

 ..............................

 Mesti ramai orang rase macam ni kan? 

..........................

“ha..baikla aku kerje..boleh tambah duit” 

“eh ade kerje kosong kat kedai makan la..pkul 6 petang sampai 2 pagi..peluang besar ni”

 ............................... 

“is, jom ikut mak pergi kenduri kahwin..mak taknak duduk sorang-sorang je kat sane..abah tu nanti mesti duduk ngan kawan-kawan die je..” 

“letih mak, nak rehat la..nanti letih pulak mase kerje nanti” 

“ok” 

....................................... 

Tapi sejak 2 sem lepas ni, saye dah tak nak kerja dah..

lagi best luang mase dengan keluarge.. 

Diorang la harta yang paling bernilai kat dunia ni.. 

Saye akan merase gembira kalau boleh berada di samping mak n abah setiap kali diorang memerlukan saye.. 

Harap semua orang pun dapat ‘feel’ macam ni 

..................................... 

Bosan? 

Bosan tu sebahagian dari kehidupan kan? 

Gembire pun sebahagian dari kehidupan kan? 

Jadi... Nikmati saje

mak umur dah 58..abah 61..

so, objektif hidup: 

nak bahagiakan diorang dulu selagi peluang ni  masih ade


Khamis, 10 Januari 2013


"kawan, bangun la solat..tolonglah.."
..............................

Rasulullah S.A.W bersabda
...................................

 "Allah S.W.T telah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu). Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya."
...........................................

"Sesiapa yang menjaga solat maka pada hari kiamat, solatnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamatkan baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat.Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf".
................................

"Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama: Solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua: Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga: Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati".
....................................

"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini)."
............................

tolonglah..jangan menzalimi diri

:(

*sayasayangkawankawandandirisendiri*

Ahad, 6 Januari 2013

Thanks bro :)


“pergh, buruk name aku!”

“jage la perangai kau tu, ramai dah orang salah faham kat aku sekarang” 

“jangan sebab kau, orang tak nak kenal dengan aku” 

“tak malu ke?”

Eh?

kat Taman Safari Indonesia..takde kaitan dengan crite..hehe

 ......... 

Kalau perlakuan kite tak dijage, kita mungkin boleh menjadi bahan fitnah keatas Islam.. 

Cube bayangkan agama tu sebagai ‘orang’..mesti kite dah kene maki kan? 

Jadi,same-samelah menjaga peribadi kita

 ............ 

Kalau kita baik dan berdakwah atas kerana agama Allah ini..mungkin ‘orang’ tu akan kata 

“thanks bro, anda beruntung sebab bersama aku dalam jalan ni" 

:)

Jumaat, 4 Januari 2013

Forget me not?


...........................................

Ouh thou who neer my constant heart

One moment hath forgot

Tho fath severe hath bid us mad

Yet still -forget me not

rehlah Sungai Pisang, Selangor

................................

nukilan sajak Olivia Mariamne,

isteri Thomas Stamford Raffles; Gabenor Pulau Jawa.
*pastu pegang Singapura*

..............................

Sebelum saat Olivia meninggal, dia menulis sajak ni untuk suaminya..

Mendalam sungguh cinta dia kan?

...............................

Tapi,

Nabi Muhammad s.a.w lebih mencintai umatnya lebih dari orang lain

:’)

.................................

Sungguh telah datang kepada kalian seorang rasul dari kalangan kalian sendiri, yang terasa berat 

baginya 

penderitaan kalian; penuh perhatian terhadap kalian; dan terhadap orang mukmin, 

sangat pengasih lagi  penyayang

(At-Taubah 9:128)

...........................................

“ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh kaum keluarga Nabi Muhammad s.a.w”

*sayang ikhwah-ikhwah kat upm..ini serius*

Khamis, 3 Januari 2013

Manisnya!


“hari ini aku dapat banyak pengalaman” 

“pengalaman ape?” 

“tapi kau kene percaya dengan konsep persaudaraan Islam..baru kau faham pengalaman aku” 

“ha, ape critenye?” 

“kau pernah rase tak kemanisan iman?” 

“iman yang manis?”


ini kawan-kawan dari Uitm Shah Alam, Arau dan Kuching
.................................................... 

Ya, kemanisan iman.. Pernah tak kita memaafkan orang lain? 

Walaupun kite rase kite betul?

 Dan kita kembali berborak seperti biasa.. 

oh manisnya saat itu.. :)

 .......................................... 

Rasulullah SAW pesan; 

“Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra) 

Biase dengar kan? 

 Tapi pernah amal tak? 

Mari beramal 

:)

Rabu, 2 Januari 2013

Benda kecil itu


Sms; 

“Kelas jam 10 ditunda pada jam 11..presentasi seperti biasa” 

18 minit kemudian.. 

“datang cepat, kawan kau dah tunggu”

 ........................ 

 12 minit kemudian.. 

“trut...trut...trut...” 

“assalamualaikum kawan, datang cepat..aku dah malu kawan kau ayik tanye je tentang kau..” 

“aku dah sampai tadi..aku tengok takde orang..aku balik la” 

“bukan tempat biase tu..kat tempat lain..cari la..datang sekarang..tepati masa” 

“.........”

 ...................................................
20 minit kemudian..

 “aku datang awal tadi, aku tengok takde orang..aku balik..mase kau mesej, aku dah kat bilik!” 

“yang kau balik kenape?cari lah grup kau..kau dah tau kau ade presentasi kan?takkan tu pun tak boleh fikir..kesian la kat group kau” 

“aku telefon kau banyak kali tak dapat!” 

“yang kau nak marah aku kenape?marah la syarikat telefon..aku tak dapat pun” 

Kawah Putih, Bandung
.................................................. 

Saya ada di situ (di tempat pertengkaran)
.................................................

Kadang-kadang manusia akan hilang pertimbangan.. 

Walaupun atas benda kecil.. 

Saudara kita sendiri pun..kalau kalian percaya akan persaudaraan Islam..sanggup marah pada kita.. 

jadi carilah jalan penyelesaian

yang baik untuk ummah

 tenangkan diri

Dengan mengalah..

tapi adilkah? 

:( 

.................................................... 

Ya, selalunya kita berasa tidak adil.. 

Tapi atas dasar persahabatan, mengalah itu perlu.. 

Memilih kebaikan dari keburukan.. 

Persaudaraan lebih penting dari kepuasan merasakan diri sentiasa betul

.. ............................................... 

Bolehkah kita mengaku beriman selagi kita belum diuji?

Woah!


“biasiswa JPA naik la!”

Woah!

“PTPTN percume la!”

Woah!

“100 orang pertame daftar program tu dapat Samsung S3 la!”

Woah!

“sedekah dapat banyak pahale la!”

erk?

“pegi semayang jemaah 27 kali ganda pahala dari semayang sorang!”

Krik.krik.krik.


ni gamba kawan-kawan tengah catit tinggi rumput..bayangkan kalau kite nampak amalan kite dicatit..


...........................................................

Selalunye kite terleka dengan ujian di dunia ni..kite hanye takjub dengan bende yang dah nampak...

Sedangkan pahala ghaib dari Tuhan ni, kebanyakan kite tak kejar..

Tak percayakah kita dengan janji Allah????

:(

Selasa, 1 Januari 2013

Semangat!

“bro, aku punye markah rendah la” 

“markah ape?” 

 “carry mark ujian untuk ke final exam”

 “oh, nak dengar cerite aku”

 “cerite la, tapi jangan panjang”
 ................................................. 


contoh manusia yang supportive :D


Menurut Hikayat Hang Tuah, semasa saye tengah asasi pertanian UPM semester 2 dulu..oleh kerana saye pelajar yang agak malas..akhirnya saya dapat 46% subjek matematik untuk ujian 1..

Pergh, down..

Tapi saye tak mengalah, lawan tetap lawan!

Dipendek cerita, ujian 2 plak matematik tu dapat 92%..dan bile final dapat A .................................................. 

“bro, kau biar betul..macam fairytale je..camne jadi gempak camtu?”

“manusia macam aku kalau dah cerdik memang akan berjaye la” 

“erk?”
 
“haha, gurau je..belajar rajin-rajin la..buat study group dengan same jantina dan jangan mengalah”

“oh”

“dan yang paling penting ingat Allah, jujur dan baik pada mak abah dan masyarakat” 

“okay, terime kasih bro atas nasihat dan cerite :D” 

“same-same..semangat ya! :)”

 ...................................................... 



Terime kasih gak untuk kawan-kawan yang sentiase push saye untuk blajar especially amar, izudin, munett, nabil, iman, zulkarnain, dan lain-lain..jasa kalian atas saye amat berharga tanpa kalian sedari.. 

:)