Ahad, 27 Januari 2013

Tertawa dan Gembira:)

"Kawan, pernah dengar tentang hadis tentang bekas ahli neraka yang boleh buat kite tersenyum?"

"Erk..tak pernah plak..kau biar betul"

...........................

Ada satu hadis yang telah membuat saye tersenyum
....................

Ibnu Mas'ud r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya, aku mengetahui benar orang yang terakhir keluar dari neraka, iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak.

Lalu Allah berfirman kepadanya,

'Pergilah dan masuklah ke syurga.'

Dia pun mendatangi syurga, tapi dia mengira  syurga telah penuh,maka dia kembali dan berkata,

'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman,

'Pergilah dan masuklah ke syurga.'

Dia pun mendatangi syurga lagi, tapi dia mengira syurga telah penuh, maka dia kembali dan berkata,

'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman,

'Pergilah dan masuklah ke syurga. Sesungguhnya, kamu mendapat kenikmatan di dalamnya setara dengan yang ada di dunia dan ditambah sepuluh kali lipat darinya.'

Orang itu berkata,

'Apakah Engkau mempermainkan aku, padahal Engkaulah Sang Raja?'

Ibnu Mas'ud berkata,

"Aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa hingga gigi taringnya terlihat, lalu beliau bersabda,

'Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya di syurga.'"

(Muttafaq 'alaih)

.....................

Petikan dari buku Riadhus Solihin karya Imam Nawawi
.................


Besarnya nikmat dan kasih sayang Allah disertakan dengan tawa Rasulullah s.a.w,
buatkan diri ini juga kagum dalam senyuman :)

..................  

Siapa kata tengok maharaja lawak mega je boleh buat kite tersenyum?

Kasih sayang sejatilah yang sebenarnya boleh menggugah jiwa kita.

"Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan kepada  nabi Muhammad s.a.w"


1 ulasan: