Khamis, 10 Januari 2013


"kawan, bangun la solat..tolonglah.."
..............................

Rasulullah S.A.W bersabda
...................................

 "Allah S.W.T telah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu). Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya."
...........................................

"Sesiapa yang menjaga solat maka pada hari kiamat, solatnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamatkan baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat.Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf".
................................

"Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama: Solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua: Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga: Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati".
....................................

"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini)."
............................

tolonglah..jangan menzalimi diri

:(

*sayasayangkawankawandandirisendiri*

3 ulasan:

  1. selamat kembali ke malaysia :)

    BalasPadam
  2. hehehe.....terima kaseh atas blog post yang membuat saya merenung panjang.....saya perlu memperbaiki diri dengan lebih baik lagi huhhuhu

    BalasPadam