Ahad, 16 Mac 2014

Dilema Memilih tempat Latihan Industri (LI)


..ini ialah diari..

Sekarang aku dah jadi student Final Year..Sem 7..jadi sem depan dah kena pegi LI selama 6 bulan..

Jadi, cabaran sekarang ialah untuk mencari tempat LI yang sesuai dengan aku..ramai kawan2 yang pegi join plantation sawit (dengan harapan dapat kerje terus) dan join agensi kerajaan (menambah skill bergaul dengan masyarakat dan dekat dengan rumah..haha)

abah tanam bunga kat rumah

Tapi, aku pula dalam dilema, tempoh masa untuk hantar borang pengesahan tempat LI (tempat yang dipilih) dah hampir tamat, padahal tempat tak dapat pilih lagi..so, aku pun balik la ke kampung berjumpe dengan emak (abah tak boleh diminta consultation, sbb mesti die suruh buat kat rumah je)

Jadi, emak pun nasihat pilih tempat yang kita boleh berkhidmat dengan gembira (enjoy the most) dan boleh balik selalu (same macam abah la plak)..tapi yang penting, emak kate jangan masuk perladangan, sbb emak tahu kesibukan menjadi pekerja kat ladang yang memang mencabar emosi dan jasmani serta sistem kekeluargaan (abah kerje ladang gak dulu, tapi mak pula yang cerita lebih. :-D)..papehal pun, mak suruh buat solat sunat Istikharah dulu..(agak malas)

jalan2 dengan emak tgk lampu2 kat raub

Jadi selepas habiskan lebih kurang 3 hari di rumah, aku pun balik la ke kolej untuk mengisi borang..tapi, hati masih tak tenteram lagi..so, pegi la kejap ke makmal tanah di fakulti utk minta nasihat dari seorang pakcik (encik azali)..dia kate try la buat sesuatu yang kita minat, baru la kite akan jadi macam bunga api (agak hebat perumpamaan ni)..

ini bukan bunga api, tapi siput

Oleh hal yang demikian, aku pun buat la shortlist tentang tempat yang aku nak pegi..2 tempat lekat dalam hati;

1) Jabatan Pertanian Serdang, Selangor

Kelebihan

  • dekat dengan kolej
  • staff yang peramah
  • jadual tersusun (banyak aktiviti)
  • dekat dengan masjid
  • ade kedai makan murah
  • memfokuskan kepada pengembangan pertanian (aktiviti kemasyarakatan)


Kekurangan

  • takde elaun
  • duduk kolej sorang2 (forever alone)
2) Green World Genetic (GWG) Sdn. Bhd. Rawang, Selangor


Kelebihan

  • dekat dengan rumah (2 jam)
  • aktiviti fertigasi rockmelon (minat terlebih)
  • ade elaun (rm500 insyaallah)
  • ade sedia rumah
  • ade senior (hafiz maslan malik)
  • ade banyak aktiviti kerohanian kat kawasan sekitar fertigasi
  • kawan ramai join (wawi, munir dan etc.)
  • penambahbaikan ilmu penanaman fertigasi 
Kekurangan


  • tak glamour
  • boleh rehat2 (eh?)
Malam sebelum untuk hantar borang penempatan LI tu, aku masih tak tetap pendirian, lantas menyebabkan aku buat permintaan kat Allah untuk bantu aku..aku pun tidur dengan hati tak tenang *tenang juge sebenarnye*

Nak dijadikan cerita, bangun je pagi, hati masih berbelah bagi..tapi disebabkan azan subuh dan berkumandang, pergi la surau serumpun ni dulu..usai je solat, aku pun lepak2 kat longkang tepi surau untuk finalise keputusan aku..tibe2 datang kawan aku (yang dipercayai tapi dah lama tak jumpe) borak2..aku pun minta nasihat kat dia..dia pun cakap kat aku yang menjurus kepada;

  • buat ape yang kite minat
  • tengok prospek bidang yang kita nak masuk
dia kate, bidang pertanian sekarang menggunakan banyak teknologi..kalau aku LI kat tempat fertigasi, aku boleh belajar ilmu tu untuk dipraktikkan mase aku kerje (jadi pakar) atau nak buat bisnes nanti..lagipun, aku salah seorang pemegang biasiswa wang rakyat dan peluang untuk aku untuk diserap kerja sangat tinggi (lelaki agak diperlukan di sektor kerajaan dalam bidang pertanian)..tak perlulah nak LI kat sektor kerajaan..

kelas fertigasi masa muda2 dulu (sem lepas)

Nasihat yang ringkas tetapi aku terlupa benda tu, menyebabkan aku memilih GWG Rawang sebagai tempat LI selama berbulan2 nanti..akhirnya aku pun hantarlah borang LI pada pagi itu dengan gembire dan sentosa..aku harap Allah telah menjawab doa aku dengan memberikan pilihan yang tepat, Insyaallah..

..ini ialah diari..









Khamis, 20 Februari 2014

Berselindung


Adalah sangat menakutkan jika kita menjadi seorang individu yang berselindung di balik Quran...

Umpama serigala yang berselindung di balik bulu kambing..

Dipandang baik oleh masyarakat dgn segala percakapan yang baik (terutamanya di Fb), tapi disebaliknya penuh dgn kemaksiatan yang patut diubah..

Semoga Allah selamatkan kita semua daripada sikap ini..

Insyaallah :(



Ahad, 19 Januari 2014

Mesir dan Aku


hm, tajuk entri ni macam aku dah pernah pegi je mesir kan?tak pernah lagi sebenarnye..

tapi hati ni macam dah melekat kat sane..sebab kesian (simpati) tengok sedara-sedara kene bunuh dengan sewenang-wenangnye..

tapi cume mampu lihat je..nak bantu memang tak boleh lah..adui..

tak tau nak buat ape sebenarnye dalam menghadapi bende2 macam ni..

memang la orang kate kite ni kene baiki diri sendiri dan seterusnya membaiki masyarakat..tapi entahlah..rase masih useless gak..

hantar doa pun masih rase tak cukup gak..tak tau la macam mane nak tenangkan hati ni bile tengok kesengsaraan orang lain..

tak lama lagi tarikh 25 januari akan menjelang dan semestinya demo besar-besaran akan dilancarkan untuk gulingkan as-sisi..

ambik link dari page fb: Akhukum Abdul Malik


tapi berdasarkan pengalaman lepas, aku dapat rase yang mesti banyak nyawa lagi akan terkorban..sebab ramai tentera yang berpegang dengan fatwa sebahagian ulama besar Mesir yang mengatakan pendemo yang lawan kerajaan ni halal dibunuh (konsep bughah)..

haih, ape la semangat sangat diorang ni..dah banyak kehilangan nyawa pun still semangat..aku tak tau la kalau aku kat tempat diorang, mungkin aku dah lama duduk rumah sebab takut kene tembak.huhu

tapi takpelah, moga Allah selamatkan saudara kite di Mesir ni dengan diberi kekuatan dalam menghadapi kerajaan boneka..

Cukuplah Allah sebagai sebaik-sebaik pelindung ..

*ade orang kata, semakin banyak ujian menimpa seseorang, semakin dekat dia dengan Allah..contohnya time studi week, penuh surau/bilik dengan aktiviti keagamaan..hmmm*

*kalau ade perkongsian tentang isu ni, boleh la kongsi2 sikit*


Jumaat, 10 Januari 2014

Hasrat Yang Terbantut


Normal sebenarnye, kalau seseorang yang dah nak masuk umur 23 tahun ni fikir pasal nak bertunang atau berkahwin......kan?

dah jadi trend dah skrg kawan2 bercerite ttg ni..ye la, semuanye kene rancang awal2, trutamenye duit..

kalau member tanye, "Apple, kau bile nak kawin?"

aku plak biasenye akan jawab, "Aku kalau boleh sekarang pun nak kahwin, duit je takde"

ya, duit yang takde..hahahahaha... T-T

*lagipun, siapalah wanita yang malang tu*

so, tukar plan..boleh gak nak bertunang je..chop la sape2 prempuan yang baik, tak cantik sangat pun takpe, janji boleh bahgia dan membahgiakan *cewah*

tapi bile tanye pendapat kawan (Izudin) masa lepak2 kat bukit ekspo UPM aritu , 

die pun cakap, "takyah la Apple, kau kawan je dgn aku."

(=.=)

Cis, tak supportive langsung!

tapi bile fikir2, inilah nasihat terbaik yang aku dapat..menenangkan jiwa dan raga..

dan menyebabkan hasrat aku terbantut..

trime kasih la kawan atas nasihat bermakna..*nak ucap trime kasih depan2 tak bleh, segan.hahaaha*


masa asasi pertanian sem 2, harvest sayur n jagung

..................................................................................................................................

"Get Married or Die Fasting"

.....pergh.....

*mohon pm*


Selasa, 31 Disember 2013

Hak Yang Dirampas



Malam tadi tahun baru..ada mercun..

Tibe2 plak teringat kenangan  malam hari raya..

masa kecik2 dulu, kami adik beradik kuat main bunga api dengan mercun..tapi mase kecik2 je la..tapi sampai satu mase, abah tak belikan dah..cis

ini gambar masa dah besar betul

alasan abah, perbuatan kami ini suatu pembaziran..abah kate yang kite jangan bakar2 duit ni..rakan syaitan..adeh

kami adik beradik merasakan hak kami telah dirampas..sedang kawan lain main mercun, kami tak main..

ini suatu ketidakadilan..kekejaman ini harus segera diberhentikan..

so, kami akan mencari alternatif lain iaitu mintak duit kat makcik2 sedare..senang je dapat..jadi, kami beli bahan terlarang tu secara sorok2..taknak bagi abah nampak..

nak dijadikan cerita, aritu baju salah seorang dari kami terbakar kena bunga api, abis berlubang..kena marah, tapi tak berbekas pun dalam hati..jadi kitorang pun fokus plak main mercun, lebih selamat..

pergh..

indah juga kenangan tu, tapi sampai satu ketika (baru2 ni je, sbb dah besar kan), kami dah tak main mercun..sebab difikirkan ia memang sesuatu yang membazir..

tapi yang peliknya, ramai orang2 yang dah besar (orang besar) masih tak insaf bermain mercun ni..

sebagai contoh, kita boleh tengok semalam, masa sambutan tahun baru..membazir kaw2 punye..

sedih dan pilu jugak rase hati..tapi ape boleh buat, kita hanya pelajar yang lemah dan selalu ditindas oleh assignment..

kan best duit tu digunakan untuk kebaikan, tapi tak tahulah ape yang pemerintah kita fikir..

 dan akhir sekali, 

aku agak terkesan dengan satu gambar dan petikan dari page 'Green Project' kat fb..

SYRIA MENANGIS, ADAKAH KAMU MENDENGARNYA?

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"



10 kali pergh..

ini sangat menyedihkan, dan umat Islam hanya mampu bersedih, bersimpati, dan yang sewaktu dengannya..

siapakah penyelamat mereka?

adakah kita...

hm..


Rabu, 25 Disember 2013

hafal-menghafal


Balik rumah kejap sempena studi week ni..

3 hari je, tak la lame sangat..

nanti kalau dah abis exam, boleh lah balik lame2..

dan macam biase lah, kat rumah pagi2 mak akan masak sarapan..

aku akan tunggu dengan setia sambil tengok rancangan kegemaran emak, 'Tanyalah Ustaz'..

tajuk, "Guru Mursyid"..

yang bestnye, ustaz tu cerite tentang Imam Syafie..tentang kesukarannya menghafal sesuatu perkara..

dan kite memang tahu yang Imam Syafie ni sangat terer dalam menghafal sesuatu..

nak dijadikan cerite, Imam Syafie pun mengadu kepada gurunya tentang masalah beliau tu..

*guru Imam Syafie ni namenye Imam Waki'*

Imam Waki' pun berkata pada Imam Syafie, "Tinggalkanlah maksiat."

adeh, terase aku..

maksiat ape sangat yang dibuat oleh Imam Syafie ni?

tapi itulah nasihat seorang guru pada muridnya..

dan mesti dijadikan teladan untuk kite bersama..

..sekian..


Selasa, 5 November 2013

Aku dan FYP 3


pagi ini (dulu lah) kami pegi sarapan..

aih, takkan tentang sarapan pun nak cerita kan?tapi kene cerita gak..

sebab ini adalah sarapan pertama aku di kelantan (tanah merah) dicampur dengan keunikan restorannya..eh, apa yang unik?

uniknya ialah restoran ni cina yang punye (non-muslim)

tapi konsepnya menarik sebab ade orang islam juga sediakan makanan (nasi berlauk dan roti canai)

bersama staf fakulti pertanian dan abang phd (kanan)

bro kamal tengah makan makan nasi berlauk

ha, tengok ade tokey cine kat kaunter

sebenarnya, tak perasan pun yang kedai ni kedai campur-campur bangsa. perasan pun masa ade orang cine hantarkan air teo ais..teh o beng kawe ni cino hok buak ko?..huk aloh..kembe tekok kawe boh..
tapi kita ni sebagai pengikut terpakse je la makan kat situ, kalau ikut hati yang lara memang tak la nak makan kat kedai macam ni..

lepas tu, kitorang pun gerak la menghala ke site getah kat Jeli, jauh gak la..ade sejam atau lebih rasenye..

tapi tak terasa lama sangat, sebab pakcik2 staf ni ade crite2 best tentang komunis, sejarah fakulti kat UPM, tentang pengalaman mase muda2, crite nikah mut'ah..eh nikah mut'ah..best topik ni..mmg tak ngantuk la dalam kereta..hahahaha *tapi tak la ha ha sangat* sorang pak cik (identiti dirahsiakan) ni pengkaji sejarah, jadi die crite lah ikut perspektif beliau yg bias kepada satu golongan minoriti islam di Malaysia (dapat tangkap tak golongan ape?)..tapi yang penting diorang semua memang sangat baik, alhamdulillah

eh, ade hilux

sampai je kat simpang untuk ke ladang getah tu, kitorang kene tukar naik hilux plak..dengar cerite pakcik2 ni, jalan ke site ni sangat mencabar dan akan ambil masa lebih kurang 20 minit kalau takde aral..tapi sebelum tu kene bergambar dulu..buat kenangan bila dah tua2 nanti, insyaallah.

adakah pak cik ditengah itu penyokong palestin?

yang penting masa ni rasa perasaan terlampau berkobar-kobar nak buat kerja..semangat betullah sebab dalam hati dah 'set' yang kali ni adalah kali pertama dan kali terakhir aku ke tempat ni, mungkin..

(bersambung)