Khamis, 8 Mei 2014

Aku dan Orang Buta


Tiba-tiba pagi ni teringat kenangan semalam..

semalam yang dah lama, lps SPM dulu dalam tahun 2008/2009

dulu gap sebelum masuk universiti agak lama..ade la dalam 6 bulan..

jadi aku banyak masa lapang, dan yang aku ingat 3 bulan pertama aku amik lesen memandu (kereta),dan yang kedua aku keje kat kedai makan..

semuanya pengalaman yang berharga..

cume yang tak boleh lupe, adalah pengalaman terserempak dengan orang buta


gambar hiasan


dulu untuk pergi ke pusat latihan memandu kat raub, kalau naik motor, ambil mase dekat sejam jugak la..

agak lama, dan mase tu lah aku bayak berfikir..menerawang..

ade satu mase tu,aku mempersoalkan kenapa aku perlu jadi rabun?

ya, pakai cermin mata..sangat leceh..tak boelh ke aku jadi normal mcm orang lain..senang buat macam2 aktiviti..

tapi nak dijadikan cerita, terus Allah tunjukkan kat aku, aku ternampak kat tepi jalan ade sorang pak cik buta tengah tunggu bas tengah panas sambil angkat tongkat die, mungkin signal utk pemandu bas supaya berhenti..

aku trus tersentak, dan sampai sekarang aku amat bersyukur dgn nikmat penglihatan yang Allah bagi ni..

dan aku lps tu aku amat yakin dan percaya dgn wahyu Allah ttg segala yang diciptanya tidak sia-sia dan kesenangan dan kesusahan itu ialah satu ujian, yang membezakan ketakwaan masing-masing..

semoga kita sama-sama tak mendustakan nikmat yang Allah berikan..


Sabtu, 12 April 2014

Ubat Penyakit Sukar Tidur (Insomnia) Yang Mujarab


Ramai antara kawan2 yang ade masalah tidur..aku pun dulu pernah ade penyakit ni..masa sekolah menengah bawah dulu..tapi alhamdulillah sekarang dah sembuh..

kenapa boleh teringat penyakit lepas ni?sebab semalam ade seorang ustaz telah mencadangkan satu alternatif untuk tujuan mengubati penyakit insomnia ni..



beliau menceritakan tentang seorang bapa yang runsing@tension tentang anak kecilnya (dalam 5-6 tahun) yang dah lama tak tidur..kalau perkara ini berlarutan selama 2 minggu, anak itu mungkin akan mengalami kecacatan otak..bila dibawa ke hospital berdekatan, doktor memberitahu bahawa anak itu sihat je..si ayah menjadi semakin runsing (double runsing)..doktor mencadangkan bahawa anak itu dibagi sahaja suntikan pelali (supaya mengantuk)..tapi si ayah tak mahu kerana mungkin merosakkan sistem badan anaknya..

harimau pun boleh tidur bila kena ubat pelali 

jadi, si ayah pun membawa anak itu berjumpa ustaz perubatan Islam, untuk meminta air penawar..takut2 ade jin yang bersarang dalam badan anak tu..tapi ustaz tu kate bawa je anak tu pergi ke majlis ilmu kat surau2 atau masjid2 kerana di situ ade satu penawar insomnia yang amat mujarab..selepas maghrib, ayahnye pun dengan semangat membawa anaknye pergi ke satu masjid..masjid tu baru sahaje memulakan slot tazkirah@ceramah selama 10 minit lebih kurang..si ayah itu pun duduk di dalam masjid itu dan bersandar di satu tiang yang berada dalam masjid itu, anak tu pun turut bersandar sama..sedang tazkirah berjalan, maka si ayah tu berasa sangat mengantuk..yang terkejutnye, anaknya itu telah tertidur dengan nyenyaknye (tidur sambil duduk)..itulah hebatnye ketenangan di majlis ilmu ni :D

sangat hebat bukan?

ceramah ustaz azhar mungkin tambah tak boleh tidur kot :D

emak pun ade ubat tidur die walaupun mak takde penyakit insomnia ni..mak suke baring atas sofa depan tv sambil tengok tv..sebagai contoh, malam minggu lepas, emak semangat nak tengok program "Pagoh Berselawat" bersama al-habib Syech Abdul Qadir as-Seggaf kat tv al-Hijrah..baru je program tu mula, mak dah 'off' dah..sangat osem rasenye :)



aku pula, kisah benar..aku selalu amal doa;


segala puji bagi Allah, sekejap je amal doa ni (aku bace terjemahan), terus aku dah disembuhkan dari penyakit ni..

-hanya orang yang faham insomnia je yang tahu derita penyakit ni.huhu-




Isnin, 31 Mac 2014

Kaya yang Sebenar


malam ni terasa lapar, mungkin sebab sejak dua menjak ni hobi makan meggi je *hobi yang extreme*

nak jimat wang, kumpul-kumpul boleh pergi umrah, insyaallah *kawin lambat lagi kot, kecuali ade yang sponsor* 

sebab mase pergi ke candi Borobodur dulu rase tak best sangat, takde 'roh' yang menarik untuk dihayati


-Ini adalah sarapan dari internet, membina mood untuk esok-


dalam berkira-kira tentang kewangan ni, tibe-tibe teringat kata-kata ilmuwan (tak ingat siapa, tapi semoga Allah rahmati dia) yang lebih kurang bermaksud......

"kalau kita asyik mengejar wang, itu bermaksud kita masih tidak kecukupan..orang yang merasa asyik tidak serba cukup ini ialah orang miskin yang sebenarnya..dan, kalau kita berasa serba cukup dalam kehidupan, maksudnya kita telah menggapai kekayaan..kerana kekayaan mencukupkan hidup kita"

"kaya ni ada macam-macam..kaya jiwa adalah salah satunya"

"apalah ada pada dunia, dibandingkan dengan akhirat sana"

Hm, rasa kerdil sangat diri ni..hidup kat dunia ni pun hanya sebagai persinggahan je..bukan sebagai matlamat akhir..moga kita semua berada di jalan yang benar..



Ahad, 16 Mac 2014

Dilema Memilih tempat Latihan Industri (LI)


..ini ialah diari..

Sekarang aku dah jadi student Final Year..Sem 7..jadi sem depan dah kena pegi LI selama 6 bulan..

Jadi, cabaran sekarang ialah untuk mencari tempat LI yang sesuai dengan aku..ramai kawan2 yang pegi join plantation sawit (dengan harapan dapat kerje terus) dan join agensi kerajaan (menambah skill bergaul dengan masyarakat dan dekat dengan rumah..haha)

abah tanam bunga kat rumah

Tapi, aku pula dalam dilema, tempoh masa untuk hantar borang pengesahan tempat LI (tempat yang dipilih) dah hampir tamat, padahal tempat tak dapat pilih lagi..so, aku pun balik la ke kampung berjumpe dengan emak (abah tak boleh diminta consultation, sbb mesti die suruh buat kat rumah je)

Jadi, emak pun nasihat pilih tempat yang kita boleh berkhidmat dengan gembira (enjoy the most) dan boleh balik selalu (same macam abah la plak)..tapi yang penting, emak kate jangan masuk perladangan, sbb emak tahu kesibukan menjadi pekerja kat ladang yang memang mencabar emosi dan jasmani serta sistem kekeluargaan (abah kerje ladang gak dulu, tapi mak pula yang cerita lebih. :-D)..papehal pun, mak suruh buat solat sunat Istikharah dulu..(agak malas)

jalan2 dengan emak tgk lampu2 kat raub

Jadi selepas habiskan lebih kurang 3 hari di rumah, aku pun balik la ke kolej untuk mengisi borang..tapi, hati masih tak tenteram lagi..so, pegi la kejap ke makmal tanah di fakulti utk minta nasihat dari seorang pakcik (encik azali)..dia kate try la buat sesuatu yang kita minat, baru la kite akan jadi macam bunga api (agak hebat perumpamaan ni)..

ini bukan bunga api, tapi siput

Oleh hal yang demikian, aku pun buat la shortlist tentang tempat yang aku nak pegi..2 tempat lekat dalam hati;

1) Jabatan Pertanian Serdang, Selangor

Kelebihan

  • dekat dengan kolej
  • staff yang peramah
  • jadual tersusun (banyak aktiviti)
  • dekat dengan masjid
  • ade kedai makan murah
  • memfokuskan kepada pengembangan pertanian (aktiviti kemasyarakatan)


Kekurangan

  • takde elaun
  • duduk kolej sorang2 (forever alone)
2) Green World Genetic (GWG) Sdn. Bhd. Rawang, Selangor


Kelebihan

  • dekat dengan rumah (2 jam)
  • aktiviti fertigasi rockmelon (minat terlebih)
  • ade elaun (rm500 insyaallah)
  • ade sedia rumah
  • ade senior (hafiz maslan malik)
  • ade banyak aktiviti kerohanian kat kawasan sekitar fertigasi
  • kawan ramai join (wawi, munir dan etc.)
  • penambahbaikan ilmu penanaman fertigasi 
Kekurangan


  • tak glamour
  • boleh rehat2 (eh?)
Malam sebelum untuk hantar borang penempatan LI tu, aku masih tak tetap pendirian, lantas menyebabkan aku buat permintaan kat Allah untuk bantu aku..aku pun tidur dengan hati tak tenang *tenang juge sebenarnye*

Nak dijadikan cerita, bangun je pagi, hati masih berbelah bagi..tapi disebabkan azan subuh dan berkumandang, pergi la surau serumpun ni dulu..usai je solat, aku pun lepak2 kat longkang tepi surau untuk finalise keputusan aku..tibe2 datang kawan aku (yang dipercayai tapi dah lama tak jumpe) borak2..aku pun minta nasihat kat dia..dia pun cakap kat aku yang menjurus kepada;

  • buat ape yang kite minat
  • tengok prospek bidang yang kita nak masuk
dia kate, bidang pertanian sekarang menggunakan banyak teknologi..kalau aku LI kat tempat fertigasi, aku boleh belajar ilmu tu untuk dipraktikkan mase aku kerje (jadi pakar) atau nak buat bisnes nanti..lagipun, aku salah seorang pemegang biasiswa wang rakyat dan peluang untuk aku untuk diserap kerja sangat tinggi (lelaki agak diperlukan di sektor kerajaan dalam bidang pertanian)..tak perlulah nak LI kat sektor kerajaan..

kelas fertigasi masa muda2 dulu (sem lepas)

Nasihat yang ringkas tetapi aku terlupa benda tu, menyebabkan aku memilih GWG Rawang sebagai tempat LI selama berbulan2 nanti..akhirnya aku pun hantarlah borang LI pada pagi itu dengan gembire dan sentosa..aku harap Allah telah menjawab doa aku dengan memberikan pilihan yang tepat, Insyaallah..

..ini ialah diari..









Khamis, 20 Februari 2014

Berselindung


Adalah sangat menakutkan jika kita menjadi seorang individu yang berselindung di balik Quran...

Umpama serigala yang berselindung di balik bulu kambing..

Dipandang baik oleh masyarakat dgn segala percakapan yang baik (terutamanya di Fb), tapi disebaliknya penuh dgn kemaksiatan yang patut diubah..

Semoga Allah selamatkan kita semua daripada sikap ini..

Insyaallah :(



Ahad, 19 Januari 2014

Mesir dan Aku


hm, tajuk entri ni macam aku dah pernah pegi je mesir kan?tak pernah lagi sebenarnye..

tapi hati ni macam dah melekat kat sane..sebab kesian (simpati) tengok sedara-sedara kene bunuh dengan sewenang-wenangnye..

tapi cume mampu lihat je..nak bantu memang tak boleh lah..adui..

tak tau nak buat ape sebenarnye dalam menghadapi bende2 macam ni..

memang la orang kate kite ni kene baiki diri sendiri dan seterusnya membaiki masyarakat..tapi entahlah..rase masih useless gak..

hantar doa pun masih rase tak cukup gak..tak tau la macam mane nak tenangkan hati ni bile tengok kesengsaraan orang lain..

tak lama lagi tarikh 25 januari akan menjelang dan semestinya demo besar-besaran akan dilancarkan untuk gulingkan as-sisi..

ambik link dari page fb: Akhukum Abdul Malik


tapi berdasarkan pengalaman lepas, aku dapat rase yang mesti banyak nyawa lagi akan terkorban..sebab ramai tentera yang berpegang dengan fatwa sebahagian ulama besar Mesir yang mengatakan pendemo yang lawan kerajaan ni halal dibunuh (konsep bughah)..

haih, ape la semangat sangat diorang ni..dah banyak kehilangan nyawa pun still semangat..aku tak tau la kalau aku kat tempat diorang, mungkin aku dah lama duduk rumah sebab takut kene tembak.huhu

tapi takpelah, moga Allah selamatkan saudara kite di Mesir ni dengan diberi kekuatan dalam menghadapi kerajaan boneka..

Cukuplah Allah sebagai sebaik-sebaik pelindung ..

*ade orang kata, semakin banyak ujian menimpa seseorang, semakin dekat dia dengan Allah..contohnya time studi week, penuh surau/bilik dengan aktiviti keagamaan..hmmm*

*kalau ade perkongsian tentang isu ni, boleh la kongsi2 sikit*


Jumaat, 10 Januari 2014

Hasrat Yang Terbantut


Normal sebenarnye, kalau seseorang yang dah nak masuk umur 23 tahun ni fikir pasal nak bertunang atau berkahwin......kan?

dah jadi trend dah skrg kawan2 bercerite ttg ni..ye la, semuanye kene rancang awal2, trutamenye duit..

kalau member tanye, "Apple, kau bile nak kawin?"

aku plak biasenye akan jawab, "Aku kalau boleh sekarang pun nak kahwin, duit je takde"

ya, duit yang takde..hahahahaha... T-T

*lagipun, siapalah wanita yang malang tu*

so, tukar plan..boleh gak nak bertunang je..chop la sape2 prempuan yang baik, tak cantik sangat pun takpe, janji boleh bahgia dan membahgiakan *cewah*

tapi bile tanye pendapat kawan (Izudin) masa lepak2 kat bukit ekspo UPM aritu , 

die pun cakap, "takyah la Apple, kau kawan je dgn aku."

(=.=)

Cis, tak supportive langsung!

tapi bile fikir2, inilah nasihat terbaik yang aku dapat..menenangkan jiwa dan raga..

dan menyebabkan hasrat aku terbantut..

trime kasih la kawan atas nasihat bermakna..*nak ucap trime kasih depan2 tak bleh, segan.hahaaha*


masa asasi pertanian sem 2, harvest sayur n jagung

..................................................................................................................................

"Get Married or Die Fasting"

.....pergh.....

*mohon pm*