Rabu, 28 Mei 2014

Sukarnya dalam Suka



Pujaan ramai di dalam berkawan, 

Bercakap manis berpekerti mulia,

Umpama manusia yang sentiasa ceria,

Sukanya dalam bersahabat.



Rupanya dia....



Di depan senyum berseri, 

Di belakang mengutuk memaki,

Di whatsapp menyindir memerli,

Sukarnya dalam bersahabat.





Isnin, 26 Mei 2014

Lawatan ke Kawasan Orang Asli di Pos Betau, Kuala Lipis


Minggu lepas (16-18 Mei 2014) kami telah mengadakan lawatan ke kawasan penempatan orang Asli di Kuala Lipis..kawasan tu dekat je dgn Cameron Highland (lebih kurang sejam naik bas)..dari bandar Raub plak lebih kurang 2 jam

Alhamdulillah..suatu pengalaman yang takkan mudah untuk dilupakan..berprogram dgn orang asli ni mmg menarik..tak pernah dibuat sebelum ni..

Program ni dianjur oleh kelas Pengembangan Pertanian (Agriculture Extension)..kelas yang bertujuan untuk mengajar pelajar cara-cara untuk menyampaikan sesuatu ilmu kepada masyarakat dengan niat untuk mengubah masyarakat menjadi lebih baik (terutamanya sikap)..

Tapi, program ni mmg banyak cabaran dan rintangan..sebelum, semasa, dan selepas penuh dgn masalah yang best..

Perjalanan ke Pos Betau ni secara keseluruhannya mengambil masa lebih kurang 4 jam dari UPM Serdang. Kami dari sini bergerak dengan menaiki 2 buah bas, bertolak pukul 12.30 malam dan sampai di RnR Pos Betau pukul 4.30 pagi..Pos Betau ni terletak 40 minit perjalanan dari Sungai Koyan..kalau tengok peta ni, ikut laluan biru yang mengahala ke Tanah Rata, Cameron Highland. Perjalanan memang mencabar sebab jalan dari bandar Raub melalui Sungai Koyan ke Pos Betau sangat bengkang bengkok, berbukit, tak rata (melambung-lambung dalam bas, tapi seronok juga la, sbb kawan sebelah cakap feeling die mcm main roller coaster)

Lokasi Pos Betau di Kuala Lipis, Pahang

Sampai kat RnR Pos Betau, ramai la bdk2 laki yg turun dr bas dgn harapan boleh la ke tandas..tapi yang bestnye RnR ni takde air..osem :) kelengkapan material die cukup, ade surau, ade kedai, ade pondok2, tapi bile takde air......sedih je..kedai pun tak buka..jadi, kami duduk termangu lebih kurang sampai 5.30 pagi, dan lepas tu dengan arahan pensyarah, Dr Norsida Man, kami pun berpatah balik ke bandar Sungai Koyan..kat sane la kami solat Subuh, bersih diri (kat masjid), dan sarapan..jadi pengajarannya, jadikanlah bandar Sungai Koyan ni sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Pos Betau, sbb kat situ mmg takde ape2..

Berpagi-pagian di RnR Pos Betau yang kosong

Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang mengikuti program pengembangan pertanian di Pos Betau, Kuala Lipis ini, kami dapat mengambil beberapa pengajaran ataupun dapat memberikan sedikit komen mengenai setiap aktiviti yang dianjurkan. Untuk aktiviti yang pertama iaitu ucapan alu-aluan daripada pihak Lembaga Getah Malaysia (Encik Azli). Dalam majlis itu, beliau telah memperkenalkan Tok Batin Apam yang merupakan wakil dari pihak Orang Asli di Pos Betau.

Encik Azli (kanan), Dr. Norsida (tengah), dan Batin Apam (kiri)

Antara kekuatan yang dapat kami lihat daripada Encik Azli sepanjang menjadi pengerusi majlis ini ialah beliau berjaya untuk;

a. Mewujudkan suasana majlis melalui cara pengenalan pengucap yang dibuat
Ertinya semasa Encik Azli membuat pengenalan pengucap (Batin Apam), cara pengenalan oleh beliau telah menentukan majlis ini ialah majlis yang kurang formal dan memudahkan pelajar untuk berasa selesa sepanjang majlis ini berjalan.

b. Memahami ucapan pengenalan sepenuhnya
Maksudnya ialah Encik Azli memahami apa yang beliau hendak perkatakan sepanjang masa beliau membuat ucapan alu-aluan itu. Beliau sedikit sebanyak menerangkan latar belakang Pos Betau, memberi penerangan ringkas tentang peranan LGM di situ, dan menerangkan perjalanan majlis dari hari pertama (Sabtu) hingga hari terakhir (Ahad).

c. Tepat
Encik Azli telah memberi memberi maklumat dan biodata Batin Apam secara tepat dan ringkas. Perkara ini telah membolehkan pelajar tahu peranan Batin Apam selaku ketua di Pos Betau ini. Encik Azli telah berjaya menyampaikan maklumat mengenai Batin Apam dengan baik.

d. Memberi perhatian semasa pengucap (Batin Apam) sedang berucap
Sebagai pengerusi majlis, Encik Azli telah memberi perhatian yang sewajarnya kepada pengucap. Selepas Batin Apam selesai memberikan ucapan beliau, Encik Azli telah memberikan sedikit rumusan daripada ucapan pengucap. Perkara ini telah membantu memberikan lebih kefahaman kepada pelajar terutamanya apabila Batin Apam mengucapkan perkara yang kurang difahami oleh pelajar. Encik Azli juga telah membantu Batin Apam untuk berucap dengan melaraskan volume mikrofon, dan mengatasi gangguan serta memberi bantuan lain yang diperlukan oleh Batin Apam.

e. Kata-kata penghargaan
Encik Azli telah memberi kata penghargaan kepada Batin Apam setelah beliau selesai berucap, dan juga kepada para pelajar dan pensyarah kerana sudi datang ke Pos Betau. Perkara ini telah membina suasana ceria dalam diri semua pihak kerana masing-masing berasa dihargai dan dialu-alukan kedatangannya.

(akademik level: high)

Bagi aktiviti kedua pula ialah lawatan ke kawasan getah yang diuruskan oleh Lembaga getah Malaysia. Lawatan ke kawasan getah ini memberi suatu kefahaman kepada pelajar bagaimana LGM berusaha untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat orang Asli mengenai aktiviti penanaman getah yang betul, dan untuk diamalkan oleh orang Asli ini di kemudian hari. 

Kawan-kawan yang teruja nak melawat kawasan getah

Berdasarkan penerangan oleh Encik Azli, perbezaan ketara di kawasan getah ini ialah mengenai teknik penanaman. Teknik penanaman yang digunapakai oleh masyarakat orang Asli pada masa sekarang adalah majoritinya tidak tersusun, manakala teknik penanaman yang diperkenalkan oleh pihak LGM ialah tersusun. Sebagai contoh, jarak penanaman getah konvensional orang Asli ialah sangat dekat dan tidak mempunyai baris, manakala pihak LGM menanam getah di plot contoh mereka dengan jarak yang optima dan mempunyai baris yang seragam. 

Ladang konvensional orang Asli, tidak tersusun dan tidak seragam


Ladang yang diuruskan orang Asli dgn nasihat oleh LGM (1)

Wawi menemani Batin Kampung Sarang memberi taklimat

Ladang yang diuruskan orang Asli dgn nasihat oleh LGM (2)

Sesi perkongsian maklumat oleh masyarakat orang Asli

Bagi aktiviti ketiga, kami telah menghadiri taklimat mengenai ‘Cara-Cara Mengelakkan Gangguan Babi Hutan pada Tanaman Getah’. Taklimat anjuran LGM ini disampaikan oleh sebuah agensi swasta daripada luar. Apa yang dapat kami simpulkan ialah pihak swasta itu mahu memperkenalkan kaedah semburan satu pekatan organik bagi menghalang babi daripada mengganggu tanaman. Bahan utama dalam pekatan organik itu ialah belerang yang diketahui mampu menghalau/menghalang kedatangan beberapa jenis haiwan buas seperti babi dan ular (haiwan berbisa). 

Dapat dilihat sepanjang penceramah jemputan dari luar itu menyampaikan ucapannya, ramai di antara masyarakat orang Asli yang hadir kurang memberi respon yang positif. Mereka lebih gemar untuk berborak di belakang dan tidak memberi perhatian sepenuhnya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh keadaan dewan yang sempit, alat pandang dengar (pembesar suara/speaker) yang lemah, dan pengucap gagal untuk menarik perhatian hadirin. 

Jadi, dapatlah kami katakan di sini bahawa pengucap gagal menganalisis audiens, majlis, dan diri dengan baik. Penganalisian audiens, majlis, dan diri sendiri sebagai pengucap adalah suatu keperluan yang amat penting dalam pengucapan. Walau bagaimanapun, sangat sedikit sekali pengucap yang menyedari hal ini. Akibatnya, ucapan mereka menjadi kurang berkesan. Mungkin buah bicara mereka terlalu akademik untuk difahami oleh audiens, ataupun terlalu biasa hingga membosankan mereka. Sebagai contoh, untuk berinteraksi dengan masyarakat orang Asli, kita perlu menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas bagi menyampaikan sesuatu perkara *rase hepi bile membuat analisis akademik ni.hehe*

Bagi aktiviti keempat pula, kami (pelajar) telah mempersembahkan suatu pertunjukan kaedah pengembangan pertanian kepada masyarakat orang Asli itu. Kami telah menunjukkan suatu demonstrasi mudah mengenai sesuatu produk pertanian yang mudah untuk diamalkan oleh para audiens. Kami dapat mengatakan bahawa kami telah berjaya menarik perhatian masyarakat di situ bagi melihat demonstrasi dari kami, dan lebih menyeronokkan apabila mereka jelas berminat dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada kami. 


Contoh pembentangan oleh pelajar disaksikan oleh masyarakat orang Asli

ini ialah pelajar, bkn masyarakat Asli


Pada hari kedua pula, kami telah mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak masyarakat di sini pada pagi harinya. Berdasarkan pemerhatian kami, anak-anak ini juga cerdas seperti anak-anak bangsa yang lain. Mereka amat cergas, cerdas, dan bersemangat. Oleh itu, pendidikan merupakan suatu elemen yang amat penting bagi memajukan sesuatu bangsa, dan anak-anak inilah yang perlu dididik bagi memajukan masyarakat orang Asli kelak..heu3

kanak-kanak yang sabar mendengar arahan

disclaimer: Ameer (lelaki kerkaca mata) ini bkn kanak-kanak 


habis je aktiviti sukaneka pukul 11, pukul 12 tgahari tu pun kami bertolak baliklah..

sekian 

:)




Khamis, 8 Mei 2014

Aku dan Orang Buta


Tiba-tiba pagi ni teringat kenangan semalam..

semalam yang dah lama, lps SPM dulu dalam tahun 2008/2009

dulu gap sebelum masuk universiti agak lama..ade la dalam 6 bulan..

jadi aku banyak masa lapang, dan yang aku ingat 3 bulan pertama aku amik lesen memandu (kereta),dan yang kedua aku keje kat kedai makan..

semuanya pengalaman yang berharga..

cume yang tak boleh lupe, adalah pengalaman terserempak dengan orang buta


gambar hiasan


dulu untuk pergi ke pusat latihan memandu kat raub, kalau naik motor, ambil mase dekat sejam jugak la..

agak lama, dan mase tu lah aku bayak berfikir..menerawang..

ade satu mase tu,aku mempersoalkan kenapa aku perlu jadi rabun?

ya, pakai cermin mata..sangat leceh..tak boelh ke aku jadi normal mcm orang lain..senang buat macam2 aktiviti..

tapi nak dijadikan cerita, terus Allah tunjukkan kat aku, aku ternampak kat tepi jalan ade sorang pak cik buta tengah tunggu bas tengah panas sambil angkat tongkat die, mungkin signal utk pemandu bas supaya berhenti..

aku trus tersentak, dan sampai sekarang aku amat bersyukur dgn nikmat penglihatan yang Allah bagi ni..

dan aku lps tu aku amat yakin dan percaya dgn wahyu Allah ttg segala yang diciptanya tidak sia-sia dan kesenangan dan kesusahan itu ialah satu ujian, yang membezakan ketakwaan masing-masing..

semoga kita sama-sama tak mendustakan nikmat yang Allah berikan..


Sabtu, 12 April 2014

Ubat Penyakit Sukar Tidur (Insomnia) Yang Mujarab


Ramai antara kawan2 yang ade masalah tidur..aku pun dulu pernah ade penyakit ni..masa sekolah menengah bawah dulu..tapi alhamdulillah sekarang dah sembuh..

kenapa boleh teringat penyakit lepas ni?sebab semalam ade seorang ustaz telah mencadangkan satu alternatif untuk tujuan mengubati penyakit insomnia ni..



beliau menceritakan tentang seorang bapa yang runsing@tension tentang anak kecilnya (dalam 5-6 tahun) yang dah lama tak tidur..kalau perkara ini berlarutan selama 2 minggu, anak itu mungkin akan mengalami kecacatan otak..bila dibawa ke hospital berdekatan, doktor memberitahu bahawa anak itu sihat je..si ayah menjadi semakin runsing (double runsing)..doktor mencadangkan bahawa anak itu dibagi sahaja suntikan pelali (supaya mengantuk)..tapi si ayah tak mahu kerana mungkin merosakkan sistem badan anaknya..

harimau pun boleh tidur bila kena ubat pelali 

jadi, si ayah pun membawa anak itu berjumpa ustaz perubatan Islam, untuk meminta air penawar..takut2 ade jin yang bersarang dalam badan anak tu..tapi ustaz tu kate bawa je anak tu pergi ke majlis ilmu kat surau2 atau masjid2 kerana di situ ade satu penawar insomnia yang amat mujarab..selepas maghrib, ayahnye pun dengan semangat membawa anaknye pergi ke satu masjid..masjid tu baru sahaje memulakan slot tazkirah@ceramah selama 10 minit lebih kurang..si ayah itu pun duduk di dalam masjid itu dan bersandar di satu tiang yang berada dalam masjid itu, anak tu pun turut bersandar sama..sedang tazkirah berjalan, maka si ayah tu berasa sangat mengantuk..yang terkejutnye, anaknya itu telah tertidur dengan nyenyaknye (tidur sambil duduk)..itulah hebatnye ketenangan di majlis ilmu ni :D

sangat hebat bukan?

ceramah ustaz azhar mungkin tambah tak boleh tidur kot :D

emak pun ade ubat tidur die walaupun mak takde penyakit insomnia ni..mak suke baring atas sofa depan tv sambil tengok tv..sebagai contoh, malam minggu lepas, emak semangat nak tengok program "Pagoh Berselawat" bersama al-habib Syech Abdul Qadir as-Seggaf kat tv al-Hijrah..baru je program tu mula, mak dah 'off' dah..sangat osem rasenye :)



aku pula, kisah benar..aku selalu amal doa;


segala puji bagi Allah, sekejap je amal doa ni (aku bace terjemahan), terus aku dah disembuhkan dari penyakit ni..

-hanya orang yang faham insomnia je yang tahu derita penyakit ni.huhu-




Isnin, 31 Mac 2014

Kaya yang Sebenar


malam ni terasa lapar, mungkin sebab sejak dua menjak ni hobi makan meggi je *hobi yang extreme*

nak jimat wang, kumpul-kumpul boleh pergi umrah, insyaallah *kawin lambat lagi kot, kecuali ade yang sponsor* 

sebab mase pergi ke candi Borobodur dulu rase tak best sangat, takde 'roh' yang menarik untuk dihayati


-Ini adalah sarapan dari internet, membina mood untuk esok-


dalam berkira-kira tentang kewangan ni, tibe-tibe teringat kata-kata ilmuwan (tak ingat siapa, tapi semoga Allah rahmati dia) yang lebih kurang bermaksud......

"kalau kita asyik mengejar wang, itu bermaksud kita masih tidak kecukupan..orang yang merasa asyik tidak serba cukup ini ialah orang miskin yang sebenarnya..dan, kalau kita berasa serba cukup dalam kehidupan, maksudnya kita telah menggapai kekayaan..kerana kekayaan mencukupkan hidup kita"

"kaya ni ada macam-macam..kaya jiwa adalah salah satunya"

"apalah ada pada dunia, dibandingkan dengan akhirat sana"

Hm, rasa kerdil sangat diri ni..hidup kat dunia ni pun hanya sebagai persinggahan je..bukan sebagai matlamat akhir..moga kita semua berada di jalan yang benar..



Ahad, 16 Mac 2014

Dilema Memilih tempat Latihan Industri (LI)


..ini ialah diari..

Sekarang aku dah jadi student Final Year..Sem 7..jadi sem depan dah kena pegi LI selama 6 bulan..

Jadi, cabaran sekarang ialah untuk mencari tempat LI yang sesuai dengan aku..ramai kawan2 yang pegi join plantation sawit (dengan harapan dapat kerje terus) dan join agensi kerajaan (menambah skill bergaul dengan masyarakat dan dekat dengan rumah..haha)

abah tanam bunga kat rumah

Tapi, aku pula dalam dilema, tempoh masa untuk hantar borang pengesahan tempat LI (tempat yang dipilih) dah hampir tamat, padahal tempat tak dapat pilih lagi..so, aku pun balik la ke kampung berjumpe dengan emak (abah tak boleh diminta consultation, sbb mesti die suruh buat kat rumah je)

Jadi, emak pun nasihat pilih tempat yang kita boleh berkhidmat dengan gembira (enjoy the most) dan boleh balik selalu (same macam abah la plak)..tapi yang penting, emak kate jangan masuk perladangan, sbb emak tahu kesibukan menjadi pekerja kat ladang yang memang mencabar emosi dan jasmani serta sistem kekeluargaan (abah kerje ladang gak dulu, tapi mak pula yang cerita lebih. :-D)..papehal pun, mak suruh buat solat sunat Istikharah dulu..(agak malas)

jalan2 dengan emak tgk lampu2 kat raub

Jadi selepas habiskan lebih kurang 3 hari di rumah, aku pun balik la ke kolej untuk mengisi borang..tapi, hati masih tak tenteram lagi..so, pegi la kejap ke makmal tanah di fakulti utk minta nasihat dari seorang pakcik (encik azali)..dia kate try la buat sesuatu yang kita minat, baru la kite akan jadi macam bunga api (agak hebat perumpamaan ni)..

ini bukan bunga api, tapi siput

Oleh hal yang demikian, aku pun buat la shortlist tentang tempat yang aku nak pegi..2 tempat lekat dalam hati;

1) Jabatan Pertanian Serdang, Selangor

Kelebihan

  • dekat dengan kolej
  • staff yang peramah
  • jadual tersusun (banyak aktiviti)
  • dekat dengan masjid
  • ade kedai makan murah
  • memfokuskan kepada pengembangan pertanian (aktiviti kemasyarakatan)


Kekurangan

  • takde elaun
  • duduk kolej sorang2 (forever alone)
2) Green World Genetic (GWG) Sdn. Bhd. Rawang, Selangor


Kelebihan

  • dekat dengan rumah (2 jam)
  • aktiviti fertigasi rockmelon (minat terlebih)
  • ade elaun (rm500 insyaallah)
  • ade sedia rumah
  • ade senior (hafiz maslan malik)
  • ade banyak aktiviti kerohanian kat kawasan sekitar fertigasi
  • kawan ramai join (wawi, munir dan etc.)
  • penambahbaikan ilmu penanaman fertigasi 
Kekurangan


  • tak glamour
  • boleh rehat2 (eh?)
Malam sebelum untuk hantar borang penempatan LI tu, aku masih tak tetap pendirian, lantas menyebabkan aku buat permintaan kat Allah untuk bantu aku..aku pun tidur dengan hati tak tenang *tenang juge sebenarnye*

Nak dijadikan cerita, bangun je pagi, hati masih berbelah bagi..tapi disebabkan azan subuh dan berkumandang, pergi la surau serumpun ni dulu..usai je solat, aku pun lepak2 kat longkang tepi surau untuk finalise keputusan aku..tibe2 datang kawan aku (yang dipercayai tapi dah lama tak jumpe) borak2..aku pun minta nasihat kat dia..dia pun cakap kat aku yang menjurus kepada;

  • buat ape yang kite minat
  • tengok prospek bidang yang kita nak masuk
dia kate, bidang pertanian sekarang menggunakan banyak teknologi..kalau aku LI kat tempat fertigasi, aku boleh belajar ilmu tu untuk dipraktikkan mase aku kerje (jadi pakar) atau nak buat bisnes nanti..lagipun, aku salah seorang pemegang biasiswa wang rakyat dan peluang untuk aku untuk diserap kerja sangat tinggi (lelaki agak diperlukan di sektor kerajaan dalam bidang pertanian)..tak perlulah nak LI kat sektor kerajaan..

kelas fertigasi masa muda2 dulu (sem lepas)

Nasihat yang ringkas tetapi aku terlupa benda tu, menyebabkan aku memilih GWG Rawang sebagai tempat LI selama berbulan2 nanti..akhirnya aku pun hantarlah borang LI pada pagi itu dengan gembire dan sentosa..aku harap Allah telah menjawab doa aku dengan memberikan pilihan yang tepat, Insyaallah..

..ini ialah diari..









Khamis, 20 Februari 2014

Berselindung


Adalah sangat menakutkan jika kita menjadi seorang individu yang berselindung di balik Quran...

Umpama serigala yang berselindung di balik bulu kambing..

Dipandang baik oleh masyarakat dgn segala percakapan yang baik (terutamanya di Fb), tapi disebaliknya penuh dgn kemaksiatan yang patut diubah..

Semoga Allah selamatkan kita semua daripada sikap ini..

Insyaallah :(