Ahad, 24 Mac 2013

Akak yang Baik

19/3/2013

Nak dijadikan cerite,

aritu ana balik lewat ke kolej sebab melawat kawan-kawan serumah arwah akh amin syafiq di Bangi yang baru meninggal kerna kemalangan (semoga Allah redha keatasnya).

tapi sebab balik ke Serdang lewat ditambah lagi dengan minum-minum sekejap dengan naqib *haha*, lagi la bertambah lewat sampai ke kawasan kolej..mase nak bertolak balik ke kolej dari Seri Kembangan tu, jam dah pukul 1.15 pagi rasenye..

So, naqib ana offer tidur kat rumah Badar ni je, tapi memandangkan ana tak mandi dari pagi sebab sibuk..er..jadi kene la balik gak..

ditambah lagi nak dijadikan cerite, hajatnye nak isi minyak motor sebab minyak dah paras-paras bahaye..tapi yang ironinya, semua stesen minyak tutup..pergh

jadi dengan redha dan pasrah, ana pun balik la ke kolej dengan tawakal setelah berusaha :)

seterusnya ditambah best plak, seperti dijangka motor itu pun kehabisan minyaknya..haha....ha ...ha.....ha...

harus kene la tolak motor itu, nasib baik tak jauh, rasenye lebih kurang 20 meter dari pagar utama nak masuk kolej tu (alhamdulillah)..

pak cik jaga plak dah tutup pintu, nasib baik la motor takde minyak, kalau tak memang tak boleh masuk dah sebab peraturan malam tu ketat sikit..malam tu je kot, ikut mood mereka rasenye :)

setelah tulis name kat kertas 'pelajar lewat masuk ke kawasan kolej', ana kena la menapak untuk balik ke kolej 14..tak jauh sangat, lebih kurang 2 kilometer kot......pergh lagi.......pak cik tu pulak sibuk..ye la, tugas tak boleh tinggal..

tapi, yang paling menariknye tibe-tibe ade sorang kakak ni yang berhentikan kete kat tepi ana mase ana dah jalan lebih kurang 100 meter..untuk info, die pun lewat tapi die ade surat yang kate die buat kerje overtime kat luar dengan kebenaran..terselamatlah die..

"dik, nak tumpang tak?pak cik tu kate kesian kat awak jalan jauh-jauh"

seperti dijangka, ana pun masuklah dalam kereta itu..*kalau ikut hukum mungkin haram, tapi kalau kene gigit anjing kat depan k13 lagi haram kot..* :)

dan ana pun seperti biase memastikan umur akak tersebut dan barulah tahu die pelajar tahun akhir, so panggilan yang sesuai ialah akak..

dan kakak tu memang baik..

nak dipendekkan cerite, selepas berborak panjang *dalam perjalanan*, akhirnye sampai ke k14..

..isi perbualan dirahsiekan..

pengajaran?

bila kite dalam kesusahan, mesti kite nak orang bantu kite..nak-nak kalau ade adik-beradik *kaum keluarga*, harapan kite kat diorang lagi tinggi kan?

bila bantuan sampai, perasaan tu memang gembire :) 

so,

dikaitkan dengan isu Palestin, Syria, Myanmar dan lain-lain, mereka saudara kite, jadi siape lagi yang patut bantu mereka?

penutup memang tak best kan?

..tapi inilah realiti..

Semoge Allah redha




Sabtu, 16 Mac 2013

Kawanku..


..kualitinya.. 

 1. Bila aku melihatnya, ia mengingatkan aku akan Allah. 

2. Bila aku duduk dengannya, ia meningkatkan iman aku. 

3. Apabila dia berkata-kata denganku, ia meningkatkan pengetahuanku. 

4. Bila melihat tindakan dia, ia mengingatkan aku tentang akhirat. 

...............................................

 entahlah

..kurang kawan macam ni walaupun dah dalam sistem yang elok..

sebab

kalau dah duduk bersama sesama sesama ikhwah, aku rase macam....macam...

hm,

mungkinkah dalam usrah je kami jadi baik, ingat Tuhan?

bila dipersoalkan sesama ikhwah,

ada antaranya,

yang kata bersandarkan hadis yang membawa mesej yang kita ini bukan malaikat asyik nak ingat

 Tuhan je..

tapi tak bermaksud kita dibolehkan merapu merepek melampau..

ya, kita bukan ulama', bkn juga maksum..

tapi tak salah saling menjaga dan menasihati ke arah kebenaran dan kebaikan.

Betul,

tak semua yang mempunyai sifat ikhwah jadian ni

ade je yang sangat baik..aku amat hargainya..sangat-sangat

hm..

macam mana nak atasi?

kena baiki diri bersama

:(

semoge Allah redha



Jumaat, 8 Mac 2013

Bau dan Cermin


“ape ye pandangan kau bile aku ni kawan dengan orang yang perangai buruk” 

“pandangan macam mane?” 

“ala, aku ni kat kampung kawan-kawan kebanyakan tak berapa baik la..tak jage solat, main daun terup, lepak-lepak..tak boleh tidak aku kene join la diorang” 

“oh”

Rehlah Sungai Pisang, Gombak

 ............................................................... 

Dari kebanyakan nasihat yang saye dengar..kalau kite ‘larut’ dengan cara diorang, tinggalkanlah pergaulan tu..

kalau diorang ‘larut’ dengan cara kite, lebih baik kite ade kat situ
.. ..................................................................

 Ingat! 

Rasulullah s.a.w ada beritahu bahawa kawan kita adalah cerminan pada diri kita.. 

Jadi, 

carilah rakan yang berbau harum dan mencorakkan kita dengan warna yang baik.. 

:)

Ahad, 10 Februari 2013

Hepinyer Hati!! v(^_^)v

Macam mane ye kite nak cakap yang kite sayang kat kawan kite? 
........................................... 

"aku sayang kau la"

Krik..krik..krik

“bro, aku sayang kau kerana Allah” 

Erk.. 

“bro, ana uhibbukafillah” 

Ape tu? 

“bro, trime kasih la jadi kawan yang baik” 

Dah nak mati ke? 

............................................ 

Jadi sebagai seorang yang cube nak sayang pada sahabat(?), saye telah memikirkan cara iaitu memberi.. 


teh halia je???boleh la dari takde..huhu
........................................... 

oh...saye boleh lihat wajah gembire kawan saye ni..lagi-lagi bile die peminat tegar herba tradisional halia..haha..

hepinyer hati!!!        

 v (^_^) v

Hadiah pun satu cara nak cakap kite sayang kat kawan-kawan kite kan?

 :)

*Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati kami dalam mengingati dan mentaati-Mu*


Ahad, 27 Januari 2013

Tertawa dan Gembira:)

"Kawan, pernah dengar tentang hadis tentang bekas ahli neraka yang boleh buat kite tersenyum?"

"Erk..tak pernah plak..kau biar betul"

...........................

Ada satu hadis yang telah membuat saye tersenyum
....................

Ibnu Mas'ud r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya, aku mengetahui benar orang yang terakhir keluar dari neraka, iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak.

Lalu Allah berfirman kepadanya,

'Pergilah dan masuklah ke syurga.'

Dia pun mendatangi syurga, tapi dia mengira  syurga telah penuh,maka dia kembali dan berkata,

'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman,

'Pergilah dan masuklah ke syurga.'

Dia pun mendatangi syurga lagi, tapi dia mengira syurga telah penuh, maka dia kembali dan berkata,

'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman,

'Pergilah dan masuklah ke syurga. Sesungguhnya, kamu mendapat kenikmatan di dalamnya setara dengan yang ada di dunia dan ditambah sepuluh kali lipat darinya.'

Orang itu berkata,

'Apakah Engkau mempermainkan aku, padahal Engkaulah Sang Raja?'

Ibnu Mas'ud berkata,

"Aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa hingga gigi taringnya terlihat, lalu beliau bersabda,

'Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya di syurga.'"

(Muttafaq 'alaih)

.....................

Petikan dari buku Riadhus Solihin karya Imam Nawawi
.................


Besarnya nikmat dan kasih sayang Allah disertakan dengan tawa Rasulullah s.a.w,
buatkan diri ini juga kagum dalam senyuman :)

..................  

Siapa kata tengok maharaja lawak mega je boleh buat kite tersenyum?

Kasih sayang sejatilah yang sebenarnya boleh menggugah jiwa kita.

"Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan kepada  nabi Muhammad s.a.w"


Jumaat, 11 Januari 2013

Harta yang Disayangi :)



“bosannyer duduk rumah kalau cuti semester ni” 

“lagi best duduk kat universiti”

 ..............................

 Mesti ramai orang rase macam ni kan? 

..........................

“ha..baikla aku kerje..boleh tambah duit” 

“eh ade kerje kosong kat kedai makan la..pkul 6 petang sampai 2 pagi..peluang besar ni”

 ............................... 

“is, jom ikut mak pergi kenduri kahwin..mak taknak duduk sorang-sorang je kat sane..abah tu nanti mesti duduk ngan kawan-kawan die je..” 

“letih mak, nak rehat la..nanti letih pulak mase kerje nanti” 

“ok” 

....................................... 

Tapi sejak 2 sem lepas ni, saye dah tak nak kerja dah..

lagi best luang mase dengan keluarge.. 

Diorang la harta yang paling bernilai kat dunia ni.. 

Saye akan merase gembira kalau boleh berada di samping mak n abah setiap kali diorang memerlukan saye.. 

Harap semua orang pun dapat ‘feel’ macam ni 

..................................... 

Bosan? 

Bosan tu sebahagian dari kehidupan kan? 

Gembire pun sebahagian dari kehidupan kan? 

Jadi... Nikmati saje

mak umur dah 58..abah 61..

so, objektif hidup: 

nak bahagiakan diorang dulu selagi peluang ni  masih ade


Khamis, 10 Januari 2013


"kawan, bangun la solat..tolonglah.."
..............................

Rasulullah S.A.W bersabda
...................................

 "Allah S.W.T telah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu). Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya."
...........................................

"Sesiapa yang menjaga solat maka pada hari kiamat, solatnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamatkan baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat.Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf".
................................

"Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama: Solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua: Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga: Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati".
....................................

"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini)."
............................

tolonglah..jangan menzalimi diri

:(

*sayasayangkawankawandandirisendiri*